Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Thursday 29 October 2015

Lawatan taska ke Bank Rakyat & Art Gallery

Assalamualaikum..

Entry ini sepatutnya aku update hari Rabu. Tapi disebabkan babyRaif demam & aku ambil cuti, so terpaksa postpone sampai la hari ini baru update.

Hari Selasa lepas taska tempat abangQaid adakan lawatan ke Bank Rakyat Cyberjaya & Art Gallery Seri Kembangan. Beruntung abangQaid sebab tak sampai sebulan lagi duduk dekat taska tu, dah join pergi lawatan. Excited dia dah hampir seminggu. Asyik remind nak pergi lawatan. Tak pasti pulak dia faham ke tak maksud perkataan lawatan tu.

Oleh kerana sebelum ini pergi taska pakai selipar cabuk dia je, so hari ahad ajak la en.Suami pergi cari sandal untuk abangQaid. dah masuk taska ini mama dia ni baru la ada nafsu nak cantik & kemas2 kan anak. Kalau dulu asal boleh je hantar anak pergi umah pengasuh. Seluar lain baju lain pun takpe. Azab sungguh kan perangai.huhu..

Hari isnin tu dah pesan kat abangQaid tidur awal sebab nak kena bangun awal esok. Kali ini nak kena hantar siap mandi semua. Sebelum pukul 7.30 kena dah ada dekat taska. Naseb baik abangQaid senang & ikut kata. Excited nak pergi lawatan punya pasal semua dia ikut. Kejut bangun pagi tu pun senang je. Mama dia ni pandai la trick2 tanya soalan pasal lawatan nanti macamana. So dia terus bukak mata & pegi mandi. Bab siapkan anak pakai baju n smart2 ni serahkan pada En.suami. Kalau aku yang buat nanti ada je yang tak sedap di mata en.suami. Yela aku ni asal boleh je semua benda.huhu

Pagi itu hantar tetap macam biasa. Pukul 7 dah keluar rumah. Just kali ini tak banyak ragam la. Hantar abangQaid pun macam biasa takde makna nak tunggu2 semua. Memang betul2 ikut style arwah bapak aku, kalau hantar anak pergi sekolah memang tak ada istilah tunggu2 ini. Walaupun hari pertama sekolah. Campak & terus tinggal.Pandai-pandai la ko nak hidup. Hahaha.kejam sungguh ayat campak aku tu. Style aku pulak memang jenis tak banyak tanya apa-apa dekat cikgu dia. Berdoa je semoga anak aku selamat pergi dan balik.

Dalam tengahari sikit tiba-tiba handphone aku bunyi. Tengok phone ade pulak group wassep baru. Sekali tengok ada group playskool taska rahiza. Lepas tue berderu-deru wassep masuk. Rupanya cikgu die hantar gambar budak2 ni. Meh layan gambar masa lawatan abangQaid.


                                                         





Atas ini gambar masa dekat bank rakyat Cyberjaya. Korang tengok gambar2 ni abangQaid mesti yang diri paling depan. Bila tunjuk gambar2 ni dekat en.Suami terus dia cakap bab duit... laju je abangQaid. Balik daripada beg dorang dapat beg goodies. Dalamnya ada pensil warna, kertas lukisan gambar burung nuri, kotak pensil nuri botol air & satu pek makanan ringan. Excited si abang bercerita. Barang2 dia dapat tu pun tak bagi adek usik.


 




Gambar ini pula dekat art gallery. Tak tau pula ada benda macam ini dekat seri kembangan. Nampak sangat kita tak ambik tahu.Yang gambar part pegang hose tu yang tak boleh blah. Sangat mewarisi. Suka sangat abangQaid dapat pergi tempat macam ini. Dikalangan budak-budak lain pun nampak la yang abangQaid macam yang paling besar. 

Ok la abang, next time kalau ada lagi lawatan abang pergi ye. Nak tunggu mama n papa dia bawak susah la sikit sebab adek tak barapa sihat. Tunggu adek besar sikit hokey.

Itu je nak cerita..

p/s: lantakakulanaktulisapesebabakupunyablog.hahahaha
















Monday 26 October 2015

BabyRaif first Solid food

Assalamualaikum...

Semalam  25 OCT 2015 genap umur babyRaif 6 bulan. Secara rasminya dia dah dibenarkan untuk makan. Tahniah juga untuk diri sendiri sebab berjaya fully BF tanpa sulam air kosong langsung. Air kosong ada la jugak bagi sekali dua lepas bagi babyRaif makan ubat. Itu pun dia pandai reject dengan lelehkan keluar ikut tepi mulut. Masa zaman abangQaid ilmu tak berapa cukup. So memang awal-awal lagi dah sulamkan air masak daripada dalam pantang lagi. 

Actually aku start try bagi makan pada hari sabtu lepas. Kiranya hari semalam merupakan hari kedua dia diberi makan. Untuk permulaan ini aku bagi sehari sekali sahaja. First food aku bagi adalah bubur blend. Aku basuh dulu beras, keringkan and blend. Lepas tue baru masak. Oleh kerana blender kering aku ni canggihla sangat, aku blend banyak kali pun beras dalam kuantiti sikit memang la tak hancur betul.

Aku masak punya la lama bubur tu tapi still nampak butir-butir nasi. Patutnya aku tapis dulu bubur tue, tapi disebabkan ilmu yang aku tuntut tak habis aku direct bagi dekat babyRaif. So ini la hasilnya bila babyRaif dapat makan.


Abaikan model belakang tu ye


Excited dapat makan. Siap tolong tarik tangan masukkan ke mulut dia. Tapi lepas 5 kali suap terus dia dah tak excited. Start meragam pulak. Rupanya mama dia tak habis ambil ilmu lagi. Sepatutnya sekali makan untuk permulaan hanya 2 sudu teh sahaja. Yang mama and orang keliling over excited pergi suap beriye. Tapi dalam kuantiti sikit la. Bila babyRaif dah start reject and meragam, masing-masing panic ingatkan lambat suap. Sekali baca balik blog n rules bagi baby start makan adalah memang macam tue. Jangan aspek sekali makan dah banyak macam kita ni.

Hari semalam bagi lagi makan bubur. Tapi kali ini aku cairkan lagi dengan standby air masak dekat botol susu dia. So far ok. Dapatla jugak banyak die makan. Hari ini bekalkan bubur gak pergi taska. Hope pangasuh-pengasuh dekat taska berjaya suapkan dia.

Ok sampai sini je nak cerita pasal solid food babyRaif.. 





Thursday 15 October 2015

Kesan Kenaikan Kadar Tol di Malaysia.

Assalammualaikum

Bermula 15 Oct 2015 kerajaan telah mengumumkan kadar baru bayaran tol di Seluruh Malaysia. Hampir kebanyakkan tol terlibat. Dan tol yang banyak pun sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mari kita buat kira-kira sehari berapa perlu kita sediakan untuk bayar tol. 

Kadar Baru
                                                                                             

Lekas & Senai-Desaru
Untuk Kereta

Sila la menanges dengan list di atas. Tapi sapa yang hendak dengar tangisan kita. Nak tak nak terpaksa hadap.

Semenjak aku pindah Puchong ni.. aku kena lalu 3 tol sehari jika nak sampai opis or rumah dengan kadar yang paling cepat. Itu pun naseb..kalau hujan still tak dapat nak cepat. Tol yang akan aku lalu adalah seperti berikut:


Ke Brickfiled
1. LDP - 2.10
2. PJS5 - 2.30
3. PANTAI DALAM - 2.30
    Total  =  6.70

Ke Puchong
1. PANTAI DALAM - 2.30
2. PJS2 - 1.00
3. LDP - 2.10
    Total = 5.40
Jadi jumlah yang perlu aku bayar untuk tol sahaja RM12.10/sehari untuk pergi dan balik daripada tempat kerja. Itu belum termasuk kalau aku kena datang kerja malam.

Ini cerita kalau aku lalu toll la. Sebab ade je pihak yang bagi statement kalau tak nak kena toll lalu la jalan yang takde toll. Ok options yang aku boleh lalu adalah Jalan Klang Lama or Jalan Bukit Jalil. So aku akan buat anggaran kasar cos yang perlu aku tanggung untuk pergi kerja dengan melalui jalan berlainan. Ini hanya anggaran kasar hokey. Jangan ada pulak nanti mempertikaikan pulak.

Cost Lalu LDP via NPE
Jarak = 58km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm8.70 + (1.3)jem = RM10 (return)
Toll = Rm12.10 (return)
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM22.10

Cost Lalu Bukit Jalil
Jarak = 70.6km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm10.59 + (3)jem = RM13.59 (return)
Toll = 
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM23.59

Cost Lalu Jalan Klang Lama
Jarak = 55.8km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm8.37 + (4)jem = RM12.37 (return)
Toll = 
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM23.37

Ini pengiraan kalau tiada berlaku kesesakan yang luar biasa la. Contohnya tiada berlaku banjir or kemalangan sepanjang jalan. Incase perkara luar biasa berlaku, memang kena la hadap jem tambah lagi 2,3 jam atas jalan. If orang yang tak pernah dok area selangor or KL mesti macam terkezut kan bila aku tulis 2,3 jam. Ini cerita benar hokey. Dan biasanya dalam seminggu memang akan ada perkara luar biasa berlaku. Paling sikit 2x la seminggu. So kira la sendiri.

Bagi yang opis die kena bayar parking tambahla sendiri. Belum termasuk duit makan dll. Bagi sesiapa yang average gaji sehari kurang daripada RM100, memang akan terasa terkesan la dengan kenaikan kadar toll ni.

Lepas ini mesti ada yang cakap naik la public transport pergi kerja. Boleh kalau ada taska or pengasuh yang rela nak jaga anak aku seawal jam 6 pagi and aku ambik semula pukul 8 malam without ot payment. 

Setakat ini dulu ulasan aku terhadap kenaikkan kadar toll ni. Makin difikir makin sakit pulak kepala otak ni. So sekarang nak tak nak en.suami kena la hantar pergi kerja naik motor. Walaupun bahaya dan cenderung kepada menyumbang jumlah kemalangan di Malaysia, hanya itu je mampu yang kami buat untuk sementara ini.


















                 

Tuesday 13 October 2015

Taska Haniza @ Al Hatem Saujana Puchong

Assalamualaikum..

Seperti yang sedia maklum, aku dah berpindah ke Puchong hampir dua minggu. Anak-anak pun dah selamat di hantar ke Taska yang berdekatan dengan rumah sewa baru ini. Taska yang jadi pilihan adalah Taska Haniza @ Al Hatem. Aku tak survey pun taska-taska yang ada. Main terjah je. Tanya satu dua soalan terus bayar. Bukan yakin 100% pun, just dah terdesak sebab tak dapat jumpa pengasuh. Tawakal adalah selebihnya.

Aku dah try search dekat web pasal Taska ini. Tapi info limited. Tiada proper website pun. Blog pun tak ramai yang update pasal taska or tadika ini. Ke parents yang hantar anak ke sini memang tak berblogging. Itu tak dapat pulak dipastikan. 

So far bayaran untuk taska adalah seperti berikut:

Pendaftaran : RM50 /prsn
Yuran Bulanan : RM320 /prsn ( 0 - 2 years)
                         RM260/prsn ( 2 - 4 years)

So total aku bayar sebulan adalah RM580 untuk 2orang anak. Beza RM20 daripada aku hantar ke pengasuh dahulu. Kalau dulu anak aku mandi average sekali je sehari, tapi sekarang 3x sehari. Standby 4 pasang baju hari2. Fengsan mak nok nak kena standby baju cantek-cantek. Kalau sebelum ini hantar umah pengasuh main hentam je bagi baju apa pun. Tapi sekarang no..no..no.. Malu hokey nak pakaikan anak baju senteng or sendat.huhuhu...

Untuk yang baby takda la makan semua just aku bekalkan stok susu jela. Sebab dulu dah terkena dengan pengasuh cakap reti handle EBM last2 aku yang makan hati. So kali ini aku pesan siap-siap dekat owner taska pasal EBM. Aku hantar hari-hari 25oz or lebih. Hari-hari jugak habis. Minum bagai johan babyRaif. Untuk abangQaid aku memang dah mudah sangat la. Sehari die makan 3x dekat taska. Sampai bila balik cakap die kenyang sebab makan banyak kali. Lega aku dengar. Hari-hari pun bersemangat nak pergi taska walaupun kebanyakkan yang duduk taska tu umur 3 tahun ke bawah. Kira macam dia yang paling tua.

Masa registerkan dorang hari itu aku ada tanya pasal tadika untuk abangQaid tahun depan. Just aku tak tanya detail la. Yuran adalah perkara utama yang aku tanya. Kalau tak silap yuran pendaftaran dalam 900++. Dalam itu termasuk la uniform,  buku, dll. Yuran bulanan RM170. +  transit RM170. So total RM340 daripada pagi sampai ke petang.

Tapi aku n en.suami tak decide lagi nak masukkan abangQaid ke tadika mana. Aliran ape yang nak die pergi. Semua tak pikir lagi. Still survey lagi. Memang la semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kalau dah nak registerkan tadika pun yuran dah beribu macam nak masuk U.. Fengsan mak bapak.

Kalau rajin nanti aku nak update hasil survey aku terhadap tadika pilihan. Jom layan gambar budak excited firstday balik daripada taska. Hari kedua pun suh ktorg ambil gambar lagi... Over.

Excited budak ni.






Tuesday 6 October 2015

Daripada Cheras ke Puchong

Assalamualaikum...

Agak busy lately ni dengan urusan pindah rumah. Walaupun dah tahu awal 6bulan sebelum kena keluar, tetapi urusan still tak sudah-sudah. Rasa macam nak pengsan uruskan pasal pemindahan rumah sewa baru ni.

Seperti sedia maklum sebelum ini aku menyewa di Taman Rakan Cheras. Genap 4 tahun 10 bulan aku duduk menyewa dekat situ sebelum kena keluar. Adek kepada arwah (tuan rumah) nak duduk. Ayah arwah dah beritahu masa bulan april lagi minta keluar selepas raya. Tapi kita orang minta tangguh sampai bulan october. 

Masa dapat tau nak kena pindah hari-hari buka Mudah.com cari rumah sewa lain. Tue tak termasuk post status facebook, tanya kawan-kawan whats up dan jiran tetangga. Plan awal memang nak cari rumah area taman tu juga so pindah tak ada la jauh sangat. Bila survey2 harga sewa macam melampau pulak. Semua rate 1000++. Nak menanges tengok sewa mahal macam tu sekali. 

Bincang balik dengan en.suami kena pilih lokasi lain yang lebih affordable. Bila dah di kira campur tolak bahagi darab, kita orang dicide cari rumah dekat puchong area tempat kerja suami. Cari punya cari, tengok sana sini, survey berhari-hari, akhirnya dapat jugak. Dapat daripada member kita orang jugak. Member dia baru pindah daripada umah tu, kebetulan owner nak cari penyewa baru. Harga pun ok. Rumah landed double story. Yang penting dekat bawah ada bilik. Jadi senang bagi orang tua kami datang tak perlu nak naik tangga semua.

Kami dah start sewa rumah tu daripada bulan September. Tapi disebabkan kekangan masa dan jadual penuh, jadi prosses pindah rumah ditangguhkan sampai awal bulan 10. Rumah lama pun still sewa lagi untuk sebulan. Tolak duit deposit je. So takdela terasa sangat. Walaupun ayah kepada arwah bagi extra masa lagi sampai hujung tahun, tapi kita orang dah buat keputusan nak pindah bulan 10. Sebab tak nak kumpul semua urusan pada hujung tahun dengan Qaid akan masuk tadika tahun depan.

Urusan mencari pengasuh budak-budak sangat payah. Sebab taman baru aku duduk ini tak ramai jiran Melayu. Akak sebelah rumah aku sebelum ini memang jaga budak. Tapi bila anak die nak exam PT3 tak lama lagi die dah tak ambik jaga budak. Aku ronda-ronda pun still tak jumpa orang mengasuh. Macam biasa aku up status dekat facebook dalam group whatsupp dll. Ada jugak yang call dan whatsupp tapi semua agak jauh daripada rumah dan agak susah nak access. Last option memang daftarkan budak-budak ke Taska jela. Area taman tu memang macam-macam taska ada. Aku tawakal aja registerkan anak-anak ke Taska Al-Hatem. Hope dorang terjaga di sana.

Urusan pasal lori semua en.suami uruskan. Sewa lori 3tan RM380 dengan 4 pekerja termasuk driver. Itu pun tak muat semua barang. Sebelum ini setiap minggu pergi puchong angkut la sikit-sikit kotak yang boleh sumbat dalam kereta. Sebab dah agak mesti tak muat lori nanti. Sebab barang-barang besar je dah banyak. Itu pun banyak jugak la yang tinggal.

Secara rasminya kami sekeluarga berpindah pada 3 Oktober 2015. Semoga di tempat baru ini kami sekeluarga dapat sesuaikan diri dengan masyarakat dan kejiranan di sana. Bila tengok semula gambar masa pindah rasa sedih pula. Tak tau kenapa. Ops lupa nak beritahu kami pindah ke Taman Saujana Puchong.

Meh la layan gambar moment-moment masa pindah rumah. Nak cerita pasal kerabakan poket kita orang masa pindah rumah rasa macam tak sanggup



Barang-barang dah load masuk lori tapi ada lagi yang tak habis kemas.


 

 

  
Kedaan rumah sewa baru selepas dah dimasukkan barang. 

























Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers