Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Thursday 28 June 2012

Hikmah Makanan Dalam Islam


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,
jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.
Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
 

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.
Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
 


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.



Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
 

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
 

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
 
 


Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
 

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan
kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
 

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
 



Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
 
 

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
 

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
 

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik
untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
 

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.
Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
 
 
  
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan
campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat,
kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu".
Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
 

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
 
 


Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
 
 

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar.
Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
 

Terung (badhijan)
 Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
 
  
Limau kulit tebal, warna kuning pucat
kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, imau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu?
Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
 
  
Telur (baydah) 
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras.
Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
 

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi
Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
 

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
 
 


Buah Ara fig (fin)
 Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda,
jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga? Oleh itu makanlah buah fin kerana
khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
 
 
  
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.
Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
 
 
  
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani.
Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda
Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.?
 
 
  
Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
 

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud  an mereka dalam Syurga itu,
diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil? Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
 
 
 Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala,
sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah
yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
 
 


Madu lebah(aal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.?Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
 

Kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
 

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental.
Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
 
  
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur
satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina
berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa.
Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 

Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
 
--
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Coklat punya Hal...


Ada sepasang suami isteri ni pergi berbelanja barang dapur. Sedang khusyuk memenuhi troli dengan list barang yang sedia ada panjangnye, tiba-tiba si suami pergi menuju ke rak coklat. Si isteri pun terpinga-pinga sebab dalam senarai tiada pun coklat. Dalam hati isteri berdetik, mungkin si suami teringin nak makan coklat kot. Dengan ringan mulut si isteri pun bertanya dengan niat nak bantu cari,

Isteri : Abang nak cari coklat brand apa?
Suami: Biskut coklat coki2..
Isteri : Ade ke coklat mcm tu?
Suami : Adalah kot. Saya tgk ade kawan saya upload kt page die.
Isteri: Sedap sangat ke coklat tu?
Suami : Manalah saya tahu! Bukan dapat rasa pn dalam fb tu!

Dengan muka kelat-kelat si isteri pun senyap dan terbantut nak cari coklat yang si suami teringin makan tu. Dalam hati pun berdetik, special sangat ke coklat tu sampai si isteri kena marah tanya soalan lebih-lebih. 
Sampai di rumah si isteri buka la fb. Biasalah aktiviti bila anak-anak sudah tido. Tiba-tiba si isteri terpandang satu status update yang telah di buat oleh spupu si suami yang dulu2 si suami ni ada pasang cita-cita nk kenen2. Rupa-rupanya sepupu si suami tu yang upload gambar coklat tu. Patut la beriya-iya si suami nak mencari coklat tu. Sedangkan sebelum nie if orang lain upload gambar makanan xdala plk dicarinya. Hati si isteri pun kecewa dan sedih. Bagai dicincang dengan pisau. 

Sekian.....

Wednesday 13 June 2012

Clean the dust.

Tajuk yang penuh makna. Punya la dah lama xupdate blog.. tajuk pn kena la sgt dramatik.. Padahal banyak jer kejadian yang WAJIB di blog kan... Tapi xde mood nak taip panjang2.. Dengan kekangan masa yang sgt mencemburui aku..(wah ayat xhengat). Lebih2 lagi dengan ketiadaan PC nie.. lagi la bt aku malas nk berblogging.. Nak harap kt umah mmg xdelakan... Jadual padat mengalahkn PM...haahaha

Setelah mengarut panjang.. aku nk update yang finally babyQaid sudah berjalan dengan laju tapi.....still xseimbang lagi...Kdg2 jatuh or buat2 jatuh.huhuhu..Mulut semakin bising.. Bahasa yang tak dijumpai lagi di dunia ni. Paling suka bila dia membaca buku..pandai dah tunjuk gambar2 dlm buku 2. Siap sebut lagi cmne kita slalo ajar die... Bila dah boring die ambik jari kita same2 tunjuk dgn die... Sangat bijak la sgt....

Bab tv...smp skrg still channel yang sama. cume ada penambahan skrg suka gak tgk upin ipin. Sebab kt umah BS (babysitter) die slalo layan abg aiman die tgk upin ipin.. Nak void die drpd tgk tv cm xpatut plk.. Yela... kita pn xleh nk menghadap die 24jam.. klau xbg die tgk tv.. dh die nk berkepit dgn kita jer.. xkn la nk suh die dok main mainan yg die mmg cpt jemu.. Xpela..tgk la tv. cuma kdg2 bukak gak la astro OASIS.. Biar die leh tukar ckit2 demi ckit....

Gigi still 8btg sejak lebih stgh tahun yang lalu... Xbertambah2... tapi mkn tetap selera..Biar la xbyk gigi. ( ade aku kesah) . huhuhuhu.... Mkn pn skrg mmg nk kene nasi....(betul2 ank malaysia). satu hari xmkn nasi.. lpr spnjg hari.huhuhu... Hari2 masih bawak bekal g umah BS.. Mlm mkn kt umah..Ape2 yg mummyQaid smpt msk la.... If xsmpt mmg kne g kfc li nasi kfc jela...huhuhu

Gambar2 akan diupdate kemudian......Sekian.

Friday 1 June 2012

Qaid my hero....

Sudah lama tak buat entry... Sangat la sibuk dengan perkara2 yang tak dapat dielakkan..
Dua minggu lepas kitorg sekeluarga pulang ke Pasir gudang.. iaitu tempat tumbesaran (sesuaikan perkataan ini) papaQaid..hehehe.... Kebetulan cousin papaQaid kawen..so ktorg merangkap la beraya skali disana.. Nenda n tokde babyQaid sgt gembira ktorg balik sane..sebab dah lame sgt ktorg xbalik ke pasir gudang.. yela... last babyQaid balik sane masa umur die beberapa hari je...(mummyQaid dlm pantang).

Dua minggu lepas juga atokQaid buat minor pembedahan mata. buang katarak n ganti kanta mata. so blk dr pasir gudang ktorg go to muar. cuti 2 hari smntara mnggu date atokQaid operate.

Dua minggu lalu jugak la babyQaid start campur susu.. tiap2 hari die muntah ble blk umah.. sgt kesian....
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers