Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Friday 21 September 2012

Kucing vs Tikus / Tom N Jerry

Uish... hari ini sahaja aku dpt rantaian email yang panjang berjela2....
Semua atas sebab rasa xpuashati di antara satu sama lain.
Macam kelakar pun ada jugak. Sebab yang 'bergaduh' leh ke pggl kes ini bergaduh...
boleh la... yang 'bergaduh' tu adalah dikalangan staff yang dah lama kerja. Umur pun dah byk.. Bagi 2,3 org junior mcm aku ni...ehem2... perasan muda kan..... xambil port langsung. Tgk je email tu berantai-rantai sambil senyum sendiri..sambil berdetik dalam hati... dah tua2 pun nak bergaduh...huhuhu...

Macam gempak tak openning aku kat atas tu. Sebenarnya mcm ni. Aku kne cerita situasi sbnr dlu. Dalam opis aku nie ade 8 org staff. Bos dok opis lain. So yg plg besar pun our supervisor je. Tu pun cm.... xlyk je pggl supervisor. ops... xbaik aku. pastu dalam opis ni aku sorg jer pun perempuan. Yang lain2 jantan2 belaka. Slalo gak la kne buli. Tapi ble dtg angin ribut sila jgn buat kacau... Boleh meletup opis nie. hahaha

Sejak dua menjak ni SP (supervisor) aku nie rajin betul monitor ape staff lain buat, kdtgn staff lain, staff tu pergi mna dll.Pastu scr xlgsg update kat Bos aku yg batang hidung pun xprnh nmpk msk opis aku ni. Pe lagi nk ambik tau psl staff2 die. So ade la 2,3 staff yg lebih kurg baya2 die jugak yg xpuashati. Bukan ape.. SP aku tu pn bukanla baik mne pun. So staff yg xpuashati tu pun shot la email. Aku xtau la die tulis ape.Sbb die mmg email kt SP aku tu jer.. tau2 je SP aku nie dah bls email tu dan send to all. Menambahkan lagi spekulasi kepada yg lain. 

Rsenye aku tau sape yg hntr email tu kt SP aku. Mmg la dorg nie slalo dtg lmbt. Kerja pun xbrape update. Tapi nak bndgkn dgn staff kat station lain tu, aku rse staff opis aku ni kira ok la. Klau bunyi telefon angkat, ade kerja urgent cpt2 buat, org minta tlg, tolong. Tapi tula SP aku nie pn if nk tegur pun kne la dgn cara dan gaya... Pakai cermin mata hitam ke... eh2... melalut plk. Dorg nie pn ptt2 la... dtg lmbt pun jgn la hari2.. Mcm aku buatkan... Dtg lmbt jgk. Mengulo la jgk... Tapi cara berkhemah. Hahaha...

Sekian..... Si kucing vs Si tikus....


Thursday 20 September 2012

Jika adanya Roh masjid di rumah

Sila click untuk paparan lebih jelas.


Aku ambil gambar ni drpd Fb seseorang.....
Untuk jadikan peringatan untuk diri sendiri.
Dah hampir 2 tahun aku dok kat taman aku tu.
Rumah dekat jer dengan masjid. Seingat aku baru 2 kali aku menjejaki masjid tu.
Sedihkan bila dengar. InsyaALLAH ble babyQaid dah besar ckit aku psg cita-cita ntk lebih rajin join aktiviti di masjid depan rumah aku tu. Pastu aku nak ajar babyQaid rajin ke masjid.
Kalau diri sendiri xberubah mcm mane nak ubah orang lain kan..
So aku harap azam aku ni bkn azam kosong semata. 
Tu sebab aku buat N3 ni. Untuk peringatan diri sendiri....

kredit to : facebook.com/RajaLoveRasulullah

Thursday 13 September 2012

Dermalogica GA dari kakinakl.com




Saya nak Dermalogica GA dari kakinakl.com kerana nak buat eksperimen ke atas muka saya ini yang dah kusam masam +++ parut jerawat yang tak hilang-hilang. Mana tahu dengan menggunakan Dermalogica ini muka saya ok. Kira pek trial la jika dapat GA daripada KAK LINA nie. Jika ada perubahan memang wajib la untuk menggunakannya secara terus...

Bling2... dah terbayang-bayang muka tiada parut jerawat. Segebus muka masa bayi. huhuhuhu....



Wednesday 12 September 2012

8th GiveAway (GA) daripada Umiyumi2.

GiveAway.... GiveAway.......daripada tuan tanah  umiyumi
Dah GA yang ke-8 rupanya.
Macam mana aku boleh tak perasan blog umiyumi2 yang sangat pemurah ini.


Bagi yang berminat nak join boleh la pergi terjah kat SINI.
Sangat-sangat mudah caranya kan....


Hadiah yang ditawarkan pun sangat-sangat lumayan dong...
Tapi yang kali ini lagi lumayan. Bak kata orang.. BERBALOI-BALOI.....

TARAAAA.........................

iDaman Kalbu.....

Tuesday 11 September 2012

10 Sikap Manusia...

N3 kali ini aku nk ceritakan perihal sikap segelintir manusia yang aku kenal.

1. Mengutuk orang tak melihat diri sendiri.
    Contohnya : Si 'Amin gila' tu muka cam pecah rumah. Mmg patut pun dapat bini pn muka senoeh.

2. Bercakap tak fikir masa depan.
   Contohnya : Aku tak nak kawen dengan orang Kelantan. Takda standard la dengan aku orang Kl            

3. Berlagak macam dia sahaja yang sempurna.
    Contohnya : Dia tu bukan reti buat kerja pun. Semua mengharap aku. Komputer pun xreti guna. 

4. Tak dapat menerima kekalahan.
   Contohnya : Bukannya bagus pun karangan die. Aku baca biasa-biasa je. Xda isi pun.
                      Camne la boleh menang. Karangan aku lagi baik.

5. Melenting bila terima teguran atau kritikan.
   Contohnya : Isk mane ada. Macam la baju ko tu cantek sangat. Nak tegur2 aku plk.

6. Cemburu yang tak bertempat.
   Contohnya : Aku xsuka betul dengan budak baru tu. Asyik masuk bilik bos je. Buat ape ntah.    

7. Tak boleh melihat orang lain lebih.
   Contohnya : Si minah tu baru kerja dah beli rumah. Aku yang dh 10 tahun kerja baru boleh beli.

8. Menganggap orang lain tak penting.
  Contohnya : Malas la aku nk call die bgtau psl Audit ni. Die bukan penting pun. 

9. Mahu die diutamakan dalam setiap perkara.
  Contohnya : Si Saedah tu xbagitau aku pun die nak pindah. Aku dpt tau pun daripada Si Kiah. 

10. Sangat berkira walaupun dengan adik beradik atau kawan baik.
   Contohnya :  Si Milah tu pinjam duit kat aku. Kata nak bayar pagi ni.
                       Sampai tghr ni pun die xbayar2 lagi.



Ni di antara sikap-sikap segenlintir manusia yang aku hadapi. Nak xnak aku terpaksa hadap. Dan aku berdoa kepada ALLAH agar aku dijauhi daripada bersikap sedemikian. Amin....

Monday 10 September 2012

Perkembangan Terkini babyQaid


"Bercerai" susu...

Kena minum FM... sian....


Baru-baru ini aku mula nak kurangkan BF (breastfeed) kepada babyQaid. Satu sebab aku nak stop BF kn die kerana my 'cik P' dah luka sangat teruk smp bernanah2 hasil gigitan babyQaid. Kadang2 die bukan gigit pun, die memang hisap guna gigi. bukan mulut.

So aku ikut la cara-cara yang ade di ajarkan dkt majalah Pa & ma. Bila baca mcm mudah. Tapi hakikatnya sangat susah. Fizikal dan mental kena kuat. Sokongan dan kerjasama daripada myHubby pn kne padu. Sampai menangis2 dibuatnya.



Asingkan Tempat tido..

Sila Abaikan pose seksi from myHubby


Semnjak nk bercerai susu ni, aku dah start tido berasingan dengan babyQaid. BabyQaid akan tidur dgn myHubby. Siap main sorok2 lagi. Kadang-kadang sedih bila dia pusing2 cari aku dlm rmh. Lps xjumpa trus g kt toto n baring kat myHubby. Sgt sedih tau.

Bila terjaga malam, bila aku ade kat sblh die, mula la die memberontak dan tarik2 baju aku. Sdgkn aku trpksa berlakon tido. Kdg2 smp aku stress bila die nak jgk smbl mngamuk2. Sedih aku tgk die menangis smp sedu sedan. Lame2 bila dah penat die smbg tido tp still leh dgr nafas die yg tersedu2. Xminum pun susu yang myHubby buat. Tu sebab aku bt kptsan nak tido berasingan dgn dorg. Skrg2nya if babyQaid trjaga mlm die xla memberontak sgt. Sebab die just nmpk myHubby jer.



Stereng Kereta

Mat stereng

Tabiat yang sgt baru. Yang sgt membahaya. Suka duduk dkt myHubby yng sdg drive. Mengamuk2 if ktorg halang. If dok diam jer xpe.. nie siap pegang stereng kerete n nk control kereta tu. Sdgkn sblm2 nie mmg ktorg xajar pn drive smbl pgg die. Bila kereta park kt umah die suh kita hidupkan enjin. Sebab die nak main wiper n signal. Sambil ketawa2.. Tapi bila xbagi menjerit macam kne pukul. Geram sangat.



Upin ipin.

headphone


Rancangan fabret nie. Pagi2 dah heret tangan ktorg suh bukak cite upin ipin kat desktop. Sebab die tahu kt babyTv xde. Lagipun mkn dah boring tgk babyTv yang stp kartoonnya xbercakap. Dah pandai la sebut skit2 walaupun xberapa jelas dan nyata. Xpe kot tgk upin ipin daripada tgk sin chan yang sgt kurang ajar tu.



Perlu Kawan

Main sorang2


Part yang manja ni xdinafikan. Skrg if aku dok berdua jer dgn die kat rumah mmg xleh buat keje lain. die nak kita dok dpn die. tgk pe die main n buat. Bila ada org datang lagi2 yng bawak budak2 lebih kurang sebaya die, sgt2 la suka. Main kejar2... Sampai lupa aku n myHubby. kadang2 trpikir die ni nak kawan ke.. tapi aku blm bersedia lagi. Klau ikut nsihat doc pn still blm boleh. Sabar eh qAid.... Nnt kita import abg rayyan dtg umah. huhuhu


Kena marah

Sejak 2 menjak nie babyQaid slalo kena marah dgn ktorg. Yela asyik memberontak jer. Menangis jerit2.. Klau xmenangis pun suka menjerit2. Kadang2 aku yang xsabar. kadang myHubby aku yang xsabar. Smp kesian aku tgk die asyik la kna marah. So aku plan dgn myHubby, buat kempen SEHARI XMARAH.Klau boleh xnak marah lgsg. tapi yela... kdg2 tu hilang sabar.







Info Kesihatan

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan

untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta

berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihata! n jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.  



Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang

dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan

tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar

supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20

minit.



Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat

menyempitkan darah dan meningka! tkan tingkat gula darah... Suhu yang

dianjurkan ialah sek itar 12 hingga 18 darjah Celsius.



Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal

boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam

air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian

dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam

selama 10 hingga 20 minit.



Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu

menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan

pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti

lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya

selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki

sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan

hidung, selsema dan sembelit.   
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers