Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Tuesday 25 August 2015

Baby Raif Sudah Boleh Meniarap

Assalamualaikum..

Hari ini genap baby Raif 4 bulan. Rase masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah 4 bulan berlalu. Cepatnya anak mama membesar. Abang Qaid 4 tahun adek pulak 4 bulan. Papa 33 tahun mama pulak 30 tahun. Anak-anak ambil angka 4 papa mama dia ambil angka 3.

Genap umur 4 bulan baby Raif telah menunjukkan progress yang sangat baik. Semalam buat pertama kalinya dia meniarap sendiri depan papa n abang dia. Mama die juga yang tertinggal moment tersebut. Sedih-sedih. Petang tadi ambil dia daripada rumah pengasuh, BS dia bagitau hari ini dok meniarap je. Baru terlentangkan dah meniarap semula. Tapi tak boleh dalam masa yang lama sebab nanti bila dah penat dia merengek. Kepala pun dah makin keras n leher semakin kuat. Masa meniarap memang tak ada tersebam-sebam melainkan dia sendiri yang menggosok muka dia dekat tilam or toto.




Bab menyengih bagi jela pada baby Raif. Umur dia start masuk 2 bulan lebih dah pandai sengih n senyum. Sekarang makin galak. Pantang kena sergah. Paling dia suka bila dengar abang Qaid dia cakap Robocar Poli. Dengan papa dia pun dia suka kalau di agah-agah. Mama dia je kena affort lebih sikit untuk buat baby Raif tersenyum or ketawa. Sabar jela anak oii. Dengan mama eksen ye. Takpe-takpe.

Rasa terharu bila tengok anak-anak semakin membesar. Harap mereka besar nanti menjadi orang yang berguna. Boleh membimbing keturunan mereka ke jalan yang diredhai. AMIN..

Sunday 23 August 2015

Lumrah Hidup Sebagai Anak Perantau

Assalamualaikum

Tajuk nampak macam gempak kan. Seolah-olah macam tinggal di luar negara je. Padahal drive kereta 2,3 jam dah sampai kampung halaman. Oleh kerana aku dan suami adalah berasal daripada johor, jadi bila bekerja dan beranak pinak di kuala lumpur seolah-olah macam berada di perantauan pulak.

Kami suami isteri dah lebih 8 tahun merantau di Kuala lumpur/ Selangor ni. Daripada bujang sampai la beranak dua. Susah senang kami tetap bersama. Sepanjang 8 tahun ini juga la aku dah masuk 5x berpindah rumah. Daripada klang ke PJ. Bila berkawin pindah rumah suami pulak dekat blok sebelah je. Masih di PJ. Sebelum beranak anak pertama pindah Cheras Bt11. Dalam masa sebulan daripada sekarang akan pindah lagi ke Puchong pulak. 

Begini la nasib tinggal di perantauan bila tidak membeli rumah lagi. Dok sewa sana sini. Tipu la kalau cakap tak beli rumah lagi. Tapi faktor tempat kerja yang jauh dan kesesuaian untuk membesarkan anak dikawasan rumah yang kami beli itu macam tidak sesuai. Tapi kalau aku masih bujang aku duduk kot rumah yang kami beli itu. InsyaALLAH satu hari nanti kami akan usahakan membeli rumah yang sesuai untuk kami membesarkan anak-anak kami.

Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang memang tak mampu la nak beli rumah idaman. Mungkin mampu untuk membayar deposit rumah. Tapi bayaran bulanan akan menyebabkan kami tersepit lagi terhimpit. Dalam hati memang ada niat untuk pulang ke kampung halaman yang cos sara hidup yang lebih murah. Tapi banyak faktor yang kena fikirkan. 

Ini semua perancangan ALLAH SWT. Jadi aku as hamba ALLAH hanya mampu berusaha dan redho dengan perancanganNYA.

Thursday 20 August 2015

Generasi Y yang berani

Assalamualaikum

Hari ini aku nak cerita tentang generasi Y yang terdiri daripada golongan yang lahir pertengahan 1970 hingga 2000 yang juga dikenali sebagai generasi millennia. Ciri-ciri generasi ini adalah berbeza ikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu dengan cepat terutamanya dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital. Generai Y juga lebih berani menyuarakan pendapat, mengeluarkan idea terkini dan membantah terhadap sesuatu perkara yang tidak relevan untuk masa kini.

Aku merupakan salah seorang yang tergolong dalam generasi Y ini. Sifat-sifat yang disenaraikan di atas kebanyakkan memang ada pada diri aku. Ditambah lagi dengan aku tinggal di bandar besar sebagai seorang inu yang bekerja. Menjadikan aku generasi Y kena cepat belajar sesuatu untuk bersaing secara sihat. 



Disebalik definasi generasi Y ini, aku nak cerita satu kejadian yang terjadi di cafetaria bangunan aku bekerja.

Kesahnya begini, kontrak cafe ni dah dekat 7 tahun tak tamat-tamat. Kami yang bekerja dekat sini pun naik pelik. Patutnya setiap 2 tahun sekali kontrak akan ditamatkan dan akan ada peniaga lain yang masuk tender. Alasan pihak pengurusan owner cafe ini sambung. Kabel apa entah yang die orang pakai sampai boleh sambung berkali-kali. Kalau service makin baik tak apa. Ini semakin teruk. Kualiti makanan dan kebersihan tak dijaga. Harga jangan la cakap, memang standard restoren 5 star la. Bila kami-kami komplen owner rasa tidak puashati pulak. Kata kami ini nak dengki perniagaan dorang. Mungkin dia boleh buat macam ini sebab pekerja disini tiada pilihan lain. Nak tak nak memang kena beli jugak makanan di cafe. Kalau sekali sekala sahaja keluar untuk cari kelainan.

Kaitan generasi Y dengan cafe ini adalah kami yang tidak puashati ini pun buat la surat dan minta sign daripada staff-staff yang bekerja di bangunan ini untuk dimajukan kepada pihak pengurusan agar tidak menyambung lagi kontrak cafe ini. Apa yang terjadi hanya golongan generasi Y sahaja yang berani untuk bagi tandatangan. Bagi golongan generasi X bercakap itu ini tapi takde keberanian untuk letakkan tandatangan. Alasan yang diberikan memang adakala tidak masuk akal. Contohnya

'Abang jarang makan dekat cafe. Selalu minum aje'

Padahal setiap hari aku nampak bro ni bertepek dekat cafe dan pernah sekali mengadu sakit perut siap mc lagi sebab makan lauk kerang dekat cafe.

Ini la bezanya generasi Y dan X. Generasi X lebih banyak kata-kata belakang tidak berani nak ketengahkan sesuatu hal. Mereka lebih suka tiada kaitan dengan apa-apa masalah. Ibarat kalau generasi ini nampak ada pembunuhan depan mata, mereka buat-buat tak nampak sebab tak nak menyusahkan diri untuk jadi saksi kejadian.







Wednesday 19 August 2015

Journey of breastfeed my baby Raif

Assalamualaikum

Hari ini nak bercerita tentang dugaan dan impian BF baby Raif. Sekarang baby Raif baru nak masuk 4 bulan.
Minggu depan genapla umur die 4 bulan. Aku masuk kerja tak sampai sebulan lagi. 
For baby Raif ni aku hope dapatla BF die smp umur 2 tahun. Masa baby Qaid dulu just 1 tahun 8 bulan je.
Aku start simpan stok susu bila dah masuk umur baby Raif 2 bulan. Itu pun tak la banyak like other mum yang upload pic dalam fb. 
First day kerja hantar stok susu dalam 18oz divide pada 6 botol kecik-kecik. Nak bagi senang BS handle bila nak bagi susu pada baby Raif. Baru start kerja 2 hari BS dh call suruh ambik anak sebab anak die kena demam campak. Takut berjangkit kat baby Raif. Redho la aku kena sambung cuti lagi seminggu. Itu pun dah bergilir dengan husband.
So far hantar 18oz cukup and ade terlebih dalam 3oz or lebih setiap kali aku ambik. Kesahnya setiap kali aku ambik baby Raif daripada rumah BS, adanya BS die nak complain. Baby Raif kembung perut la, sakit perut la. Dok approach aku suh beli susu FM. Hantar umah die tak sampai 10hari lagi dah macam-macam die complain. My husband selalu suruh think positif. Walaupun pada hakikatnye dah tak boleh nak positif. Rasa down pun ada. Tapi kuat kan semangat and tekad, pekakkan telinga and bagi senyuman je bila akak tu cakap.
But semalam pukul 4 petang BS dah wassep bagitau susu tinggal 5oz je. Padahal semalam memang hantar lebih sebab nak habiskan stok bulan 6. Nak tak nak terpaksa balik kerja awal. Sebab ade wassep daripada BS yang buat kita tak senang hati. Tak apelah, demi anak. Balik la jugak. Sampai umah BS dalam pukul 5.30 baby Raif dah bangun tengah menyusu. Siap ade balance dlm 2oz. Bawak mereka balik rumah bagi balance susu tue baby Raif pun tidur sampai pukul7. Maksudnya 5oz tue memang cukup kalau aku tak balik awal pun takpe. 
Hari ini aku bekalkan lebih lagi extra 5oz. Hope takdela BS wssep ke ape cakap susu tak cukup. Baby Raif tunggu mama ye.. nanti petang mama balik ambik abang n adek. love u both.

Tuesday 18 August 2015

New Comeback

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku meninggalkan dunia bloging ni, akhirnya aku bermula semula dengan wajah blog baru, nama baru, ahli baru, orangnya sahaja yang lama. Last tulis 2 tahun lepas. Busy dengan final year, lepas habis urusan belajar termengandung pulak. Mengadap PC pun tak nak. Sekarang aku kembali dengan semangat baru dan dengan harapan idea menulis pun mencurah-curah.

For starting I would like to introduce my new son Muhammad Raif Ihtishaam Bin Mohamd Norsam. He was born on 25th April 2015. Born at Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Muhammad Raif Ihtishaam

I like to update my big hero Muhammad Qaid Ihtishaam was 4 years old this year. InsyaALLAH nest year can go to school. To clever right now. Because he was be at university since he in mytummy. Very talkative, manjasssss n also penghibur hati us.


Muhammad Qaid Ihtishaam

Ini sahaja yang nak di update hari ini. Semoga esok hari dan seterusnya aku rajin nak update lagi.

p/s: tgh cari idea topik ape yang nak ditulis..





Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers