Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Wednesday 30 September 2015

Raya Aidiladha Penuh Makna

Assalamualaikum...

Hampir seminggu dah berlalu Hari Raya Aidiladha. Aku baru sempat nak update blog. Kekangan masa dan cuti raya yang panjang sebab aku menyepi daripada update blog.

Tahun ini giliran rumah belah pihak en.Suami untuk raya Aidiladha. Hari Rabu dah start cuti untuk spend masa lebih sikit di kampung en.Suami. Sebab lepas sembahyang raya nanti terus nak gerak balik Muar. Kampung belah aku pula. Kebetulan raya Aidiladha tahun ini sepupu aku daripada Singapore balik kampung untuk buat akikah anak-anak dia orang. Pagi tu sebelum sembelih lembu, ada kenduri doa selamat sempena satu-satunya adek lelaki aku yang akan bernikah pada Jumaat malam. Majlis belah perempuan pada hari Sabtu. Majlis belah pihak aku InsyaALLAH bulan 12 nanti.

Tema raya Aidiladha tahun ini warna kelabu. Ikut tema raya Aidilfitri yang lalu. Acctually baju raya Aidilfitri just repeat pakai je. So gambar baju & orang sama. Location jer berbeza. 





KELABU LAGI




Lepas ambil gambar semua, makan & gerak balik Muar. Sampai-sampai kampung memang dah penuh la rumah dengan sanak saudara. Makcik pakcik & sepupu2 aku yang daripada singapore dah sampai awal sehari sebelum raya. Actually dah hampir 6 tahun lebih tak jumpa dia orang. Dia orang pun jarang balik kampung sebab pakcik aku kurang sihat. 

Sepupu-sepupuku dengan anak-anak mereka

Sampai kampung je kenduri doa selamat dijalankan dan lembu untuk akikah ditumbangkan. Adek beradek aku busy dekat dapur siapkan barang untuk masak daging akikah. Meriah semua orang berkumpul. Tapi malam tue memang lepak la. Tidur macam orang tak ingat dunia masing-masing.

Jumaat malam pula majlis nikah adek lelaki aku.
Oleh kerana dia merupakan pasangan kedua yang nak nikah lepas isyak so tok Kadi kawasan dah beritahu awal-awal majlis nikah start pukul 10 malam. Menanges nak tunggu bagi orang-orang macam aku yang ada anak kecik ni. Nasib baik bawa balik stroller. So babyRaif malam tu baring dalam stroller sampai tertidur. Luckly dia tak meragam sampai habis majlis. Si abang dah terlentok dekat peha ayah cik abol dia.


Alhamdullilah dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri


Esoknya merupakan majlis bersanding belah pihak perempuan. Kami adek beradek ambil tema warna biru. Tak kisahla biru apa pun, yang penting biru. Warna tu aku yang pilih sebab dah dekat setahun masing-masing dok tanya nak tema warna apa. Aku terus je cakap warna biru. So siapa-siapa yang dah ada warna biru pakai je sedia ada. Yang tiada je boleh beli.



So untuk pasangan pengantin ZAKI & DAYAH, aku doakan korang berbahagia till Jannah. Aidiladha tahun ini adalah Aidiladha yang penuh dengan peristiwa manis untuk kami sekeluarga.



Wednesday 16 September 2015

Demam pass baton

Assalamualaikum..

Hari si Abang pula demam. Nampaknya virus demam telah main pass baton dalam family kecilku. Pagi tadi pesan siap-siap kat en. Suami suruh makan ubat walaupun tak demam sebab dia sorang je belum kena. 

Actually abang start tanda-tanda demam daripada petang semalam. Sebelum kita orang keluar dia tiada tanda-tanda demam pun. Bila kitorang sampai IOI Mall Putrajaya dia mula meragam cakap sakit kepala la, perut la, nak dukung la. Macam biasa la kita orang memang susah nak percaya dengan lakonan si abang ni. Sebab bila kita orang cakap kalau mama bagi tab sihat tak. Terus cakap sihat. Geram tak korang rasa. Tapi aku pegang gak kepala dia dah start rasa dedar-dedar. Sampai satu tahap dia tak mampu berjalan. Dah bertukar orang la yang duduk dalam stroller. BabyRaif papa dukung si abang dok dalam stroller. Bayangkan umur budak 5 tahun dok baring dalam stroller. Dalam marah-marah aku kesian juga kat abang. Kalau awal-awal dia cakap tak sihat takde la kita orang keluar.

Pagi tadi still pujuk dia pergi umah pengasuh. Sorry Abang..mama tak boleh nak cuti. Bawakkan dia bekal bubur dan roti salut coklat. Aku bawakkan juga ubat dan termometer minta tolong pengasuh dia tolong monitor. Hope cepat la baik ye bang.

Mama papa & adek sayang abang.. Abang kan kuat macam ultraman.

Monday 14 September 2015

Demam Virus

Assalamualaikum....

Huru hara sungguh kehidupan aku lately ni. Start naik kerja lepas bercuti maternity selama 3 bulan, rasanya tak sampai sebulan aku penuh bekerja walaupun sekarang dah masuk bulan september. Awal-awal masuk kerja anak pengasuh kena demam campak. Hampir seminggu aku cuti. Tak lama lepas tue pengasuh pula yang demam. 2 Minggu lepas babyRaif warded dan minggu lepas aku pula MC 2 hari rabu & khamis akibat demam virus.

Pagi rabu aku drive macam biasa pergi ke opis. Sampai dekat highway besraya tiba-tiba rase lain macam. kat tengkuk dah rasa semacam je. Tak lama lepas tu jari-jari pulak rasa kebas. Macam dah tak boleh nak pegang stereng. Aku tahan kan la juga drive sampai ke opis. Kalau ikutkan hati macam nak berhenti kt tepi jalan je. 

Sampai dekat parking opis kaki start kebas and badan menggigil-gigil. Gagahkn diri lagi untuk sampaikan ke opis. Jalan pun slow je sebab terasa sendi-sendi lutut sakit. Sampai je opis letak barang semua masuk surau. Berselubung dengan niat nak panaskan badan and nak hilangkan rasa seram sejuk. Hampir sejam selubung still tak hilang jugak makin teruk adalah. Menangkap dekat kepala pulak.

Kuatkan semangat whats app kat en.suami bagitau xlarat semua. Terus en.suami call and beritahu nak datang ambik bawak g klinik. So tunggu en.suami sampai terus bawak g klinik. Doctor check and beritahu aku kena demam virus sebab sakit sendi-sendi, pening kepala, muntah dan sejuk melampau. Bila check tekanan darah aku rendah iaitu 90/50. Bacaan atas min untuk normal. Untuk bacaan bawah dah bawah bacaan min. Bacaan min 60 je. Aku punya 50. Puncanya leh jadi macam tu mungkin sebab aku menyusu badan or darah period yang banyak. So untuk kes aku ni adalah sebab menyusu badan dan aku kurang makan supplement. 

Doctor minta aku makan semula obimin selagi aku menyusukan baby. Sebagai supplement tambahan. Minum air 100+ EDGE untuk kurangkan dyhidrate. MC 2 hari aku bermula hari rabu dah tengahari pun masa tue. Balik terus makan ubat yang doctor bagi dah macam gula-gula banyaknya and terus bommm tidur tak ingat dunia sampai la ke petang. Sedar-sedar en.suami dah balik daripada kerja nak ambik anak-anak pula.

Kepala aku still ting tong sampai hari sabtu. Buat kerja tak boleh rushing2. Kena slow and steady je. Hari Ahad tu baru ok sikit. Tapi bermula episod lain pula. BabyRaif pula demam sebab terkejut bunyi drill..... Seb baik mama dia dah ok sikit. Nampaknya aku kenal maintain sihat untuk jaga anak-anak yang still kecik....





Monday 7 September 2015

Raif Warded Hospital Serdang

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57. Sama-sama kita berdoa agar negara kita aman makmur dan sejahtera. Walaupun dah terlambat 8 hari aku baru nak wish hari ini. 

Sebelum cuti merdeka lagi babyRaif dah start batuk dan selsema. Tapi still diperingkat biasa lagi. Start hari ahad malam merdeka batuk semakin teruk. Badan die pun dah start panas. Malam tue juga pergi cari klinik 24jam. Kebetulan kami semua berada dekat kampung muar. Agak susah la nak cari klinik yang buka 24jam dan pada malam merdeka. Minta tolong member untuk check kan klinik panel 24jam. Alhamdullilah urusan dipermudahkan ada klinik 24jam iaitu KLINIK ASIA di Jalan Abdul Rahman Muar dan kebetulan juga klinik itu merupakan panel kami.



Dikala orang ramai sibuk mengira detik ambang kemerdekaan, aku, en.suami dan babyRaif sedang que untuk masuk bilik rawatan doktor. Doctor buat pemeriksaan terhadap babyRaif, memang suhu demam iaitu 38'c. Kahak pun banyak. So doctor advise ambik nabulizer untuk cairkan kahak. Berperang la aku n en.suami nak bagi babyRaif duduk diam pakai nab tue. Mula-mula je menanges. Lama-lama die dah penat and faktor waktu dah lewat malam die pun tertido masa ambik nab.

Lepas ambik nab die ok sekejap. Boleh la tidur malam tue. Esok paginya badan die panas balik. Makan ubat pun still sama. Family aku suggest tuam badan die dengan air asam jawa. Kurang la juga panasnya. Tapi kena sentiasa tuam. BabyRaif dah start melepek dan tak seceria selalu. Bila batuk je dia menanges. Tak sampai hati aku nak tengok. 

Petang itu kami balik ke KL. Malam tu badan babyRaif on off panas. Batuk tak berkurang juga. So aku decide ambil cuti lagi sehari untuk jaga dia. Rasa tak sedap hati pulak nak hantar anak yang kurang sihat ke rumah pengasuh. Sepanjang seharian di rumah babyRaif banyak tidur. Terjaga just untuk menyusu dan batuk. Setiap kali batuk akan muntah semula susu + kahak. Ingatkan nak bawa babyRaif ke klinik hari tersebut tetapi oleh kerana en.suami ada kerja dan terpaksa balik lewat so decide bawa keesokkan harinya.

 Hari rabu pagi babyRaif bangun-bangun tidur je terus batuk berterusan sampai setengah jam tak berhenti. Masa tu Allah sahaja tahu perasaan aku betapa risaunya. En.suami pula pagi-pagi terpaksa ke office untuk settlekan beberapa perkara. Dalam pukul 10pagi lepas en.suami sampai rumah kami semua pergi ke klinik KITA di Cheras Perdana. Selepas doctor buat pemeriksaan kahak babyRaif dah semakin banyak. Nafas dia dah mula pendek. Doctor advice ambil nab terlebih dahulu. Selepas ambil nab kahak still banyak dan dicampur dengan faktor dia demam so doctor bagi surat untuk refer ke hospital.

Sebelum pergi hospital balik rumah terlebih dahulu untuk settlekan abangQaid dan ambil barang-barang keperluan jika babyRaif kena tahan ward. AbangQaid kitaorang pujuk suruh duduk dengan pengasuh. Oleh kerana nak umpan dia duduk dengan pengasuh so segala permintaan die kami turutkan. Settle semua urusan aku,en.suami dan babyRaif terus pergi ke hospital Serdang bahagian emergency. Allah mempermudahkan lagi urusan kami anak beranak. Sampai-sampai je kt emergency ada seorang pegawai tanya pada aku kenapa. Bila aku tunjuk surat dan dia check babyRaif terus dia bawak aku masuk ke bilik emergency. Dia panggil doctor untuk check babyRaif dengan kadar segera. Bila doctor check babyRaif terus di bagi katil dan dipasang dengan segala macam wayar untuk disambungkan ke alat alam gambar kt bawah ni.


Doctor terus ambil sampel darah dia. Masa ambil sampel darah ini la babyRaif menangis beriya. Sakit kena cucuk dekat urat tangan. Nasib baik sekali cucuk je dah dapat. En.suami dah sayu hati tengok darah dekat cadar katil. Aku pun sayu hati gak,tapi kena la buat macam tak sebab kalau ikut emosi mau aku tak bagi doctor tue buat ape-apa dekat babyRaif. Lepas ambil sampel darah, babyRaif kena ambil nab lagi untuk kurangkan bunyi sneezing dekat dada die. Adala dalam 4 kali nab baru doctor suruh gap kan 3jam sekali. 

Dengan mama die skali nak terlelap

Berselirat wayar sana sini. BabyRaif sampai tertido masa ambil nab. Walaupun dah berkurang bunyi sneezing, doctor still suruh warded untuk beberapa hari sebab pernafasan babyRaif still tak cantek. Sepatutnya bacaan normal seratus lebih but babyRaif bila tak pakai alat bantuan pernafasan die drop jadi bawah seratus.

So berkampumg la aku dan babyRaif selama 3hari 2 malam di Ward 5b Katil 10 Hospital Serdang. Kat ward babyRaif kena sentiasa pakai oksigen dan diberi nab setiap 6 jam. Masa tidur pun kena pakai sebab hari kedua dekat hospital nafas die sekejap ok sekejap tak.

Cantek tak baju pink saya

Hari ketiga iaitu hari Jumaat babyRaif nampak semakin baik walaupun still batuk. Tapi tak la seteruk sebelum ini. Doctor round pagi tue check tengok dia dah ok dan benarkan kami discharge. Just doctor pesan untuk few days jangan bawa babyRaif keluar mana-mana dan jangan jumpa orang sangat takut die akan kena batuk semula. Imunisasi baby kurang so mudah berjangkit.

Hope ini adalah pengalaman pertama dan terakhir untuk babyRaif warded. Mama doakan babyRaif sentiasa sihat selepas ini.Amin.


















Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers