Bermula 15 Oct 2015 kerajaan telah mengumumkan kadar baru bayaran tol di Seluruh Malaysia. Hampir kebanyakkan tol terlibat. Dan tol yang banyak pun sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mari kita buat kira-kira sehari berapa perlu kita sediakan untuk bayar tol.
![]() |
Kadar Baru |
![]() |
Lekas & Senai-Desaru |
![]() |
Untuk Kereta |
Semenjak aku pindah Puchong ni.. aku kena lalu 3 tol sehari jika nak sampai opis or rumah dengan kadar yang paling cepat. Itu pun naseb..kalau hujan still tak dapat nak cepat. Tol yang akan aku lalu adalah seperti berikut:
Ke Brickfiled
1. LDP - 2.10
2. PJS5 - 2.30
3. PANTAI DALAM - 2.30
Total = 6.70
Ke Puchong
1. PANTAI DALAM - 2.30
2. PJS2 - 1.00
3. LDP - 2.10
Total = 5.40
Jadi jumlah yang perlu aku bayar untuk tol sahaja RM12.10/sehari untuk pergi dan balik daripada tempat kerja. Itu belum termasuk kalau aku kena datang kerja malam.
Ini cerita kalau aku lalu toll la. Sebab ade je pihak yang bagi statement kalau tak nak kena toll lalu la jalan yang takde toll. Ok options yang aku boleh lalu adalah Jalan Klang Lama or Jalan Bukit Jalil. So aku akan buat anggaran kasar cos yang perlu aku tanggung untuk pergi kerja dengan melalui jalan berlainan. Ini hanya anggaran kasar hokey. Jangan ada pulak nanti mempertikaikan pulak.
Cost Lalu LDP via NPE
Jarak = 58km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm8.70 + (1.3)jem = RM10 (return)
Toll = Rm12.10 (return)
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM22.10
Cost Lalu Bukit Jalil
Jarak = 70.6km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm10.59 + (3)jem = RM13.59 (return)
Toll =
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM23.59
Cost Lalu Jalan Klang Lama
Jarak = 55.8km (return)
Minyak = x 0.15 = Rm8.37 + (4)jem = RM12.37 (return)
Toll =
Taska = Rm5 (sejam) x 2 (org) = RM10 (incase sampai lebih pukul 7)
Parking = RM10 (tapi opis aku still free)
So total yang merah2 = RM23.37
Ini pengiraan kalau tiada berlaku kesesakan yang luar biasa la. Contohnya tiada berlaku banjir or kemalangan sepanjang jalan. Incase perkara luar biasa berlaku, memang kena la hadap jem tambah lagi 2,3 jam atas jalan. If orang yang tak pernah dok area selangor or KL mesti macam terkezut kan bila aku tulis 2,3 jam. Ini cerita benar hokey. Dan biasanya dalam seminggu memang akan ada perkara luar biasa berlaku. Paling sikit 2x la seminggu. So kira la sendiri.
Bagi yang opis die kena bayar parking tambahla sendiri. Belum termasuk duit makan dll. Bagi sesiapa yang average gaji sehari kurang daripada RM100, memang akan terasa terkesan la dengan kenaikan kadar toll ni.
Lepas ini mesti ada yang cakap naik la public transport pergi kerja. Boleh kalau ada taska or pengasuh yang rela nak jaga anak aku seawal jam 6 pagi and aku ambik semula pukul 8 malam without ot payment.
Setakat ini dulu ulasan aku terhadap kenaikkan kadar toll ni. Makin difikir makin sakit pulak kepala otak ni. So sekarang nak tak nak en.suami kena la hantar pergi kerja naik motor. Walaupun bahaya dan cenderung kepada menyumbang jumlah kemalangan di Malaysia, hanya itu je mampu yang kami buat untuk sementara ini.
No comments:
Post a Comment