Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Monday 15 October 2012

Doa Untuk Anak..



Setiap ibu mesti mahukan anak-anaknya pandai dan menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat kelak.










Azan....


             Allahu Akbar!!


     ADAB MENDENGAR AZAN 
  Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya 
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa 
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik 
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah 
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." 
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan 
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib 
menghormati  azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu 
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. 
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita 
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang 
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
"Ya  Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian    
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  
mengucap  kalimah "Lailahaillallah. ." 


semasa sakaratul maut menghampiri  kami.
            Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.." 

 
                           

Istimewanya Wanita...


Allah S.W.T berfirman: 

"Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang  yang istimewa. 

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 

"Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 

"Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar ketika orang-orang   lain   menyerah,   dan   mengasuh   keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan   melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya."
"Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang suami yang  baik  takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 

"Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

 ~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~

 Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan. .......

1. Sekurang-kurangnya ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dan  sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9.. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. 

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. 

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda.. 

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. 

Thursday 11 October 2012

Mamex Gold Soya



Dah tiga hari dah En.Hubby g cari susu ini. Untuk putera kesayangan la kan. Susu lain xmo nye.. Pernah try susu Isomil mase mula2 nk campur susu dulu. Tapi hbs dimuntahnya. termsukla susu ibu yang sblm2 tu die minum. Cari punya cari, tukar punya tukar susu Mamex Gold Soya nie jer yang serasi. Tapi adalah satu masalah besar brand n jenis ini adalah sangat2 limited... Klau ade stok kt sesebuah tempat, smunya xsampai pn 10 tin.. Dlu mse langkah 1 pn same. Igtkn bila dah msuk langkah 2, dah byk dh.. Rpenya lg la azab.. Kedai2 ubat cina pun xjual. 

Kelmarin BS si comel Qaid dah pesan suh prepair susu. Susu die dah nak habis. Kebetulan dah xde stok kt rmh. Biasalakan sekali beli adela 4,5 tin. Smp koyak rabak poket en.Suami. Cari la kt hampir 10 kedai n pasaraya la..Semua xde stok. Smp en.Suami pun kecewa. Smlm g la teman cari lagi kt area pasaraya yg ade kt rmh tu, tp ttp xde. 

Pagi td en.Suami cuba cari kat Mydin USJ. Alhamdullilah ada. Uish..lega...  Si comel Qaid nie bila la nk bljr minum susu lain.. Mahal tu xkesah la.. yang penting senang cari. Klau x, menangis la papa n mama nak cari susu awak satu malaysia.

Monday 8 October 2012

Nasib Anak

N3 pertama dalam bulan baru iaitu bulan OCTOBER... Teringat kat lagu awie pula.. tragedi october.. Macam cerita sembilu yg dulu masa aku kecik2.. bukan main lagi meletup2 cita nie... Erra fazira n awie. tengah hangat bercinta baik dalam filem mahupun luar filem... Last2 skrg kedua-duanya kahwin dgn org lain.. N dah bercerai pun dan kahwin dgn org lain lagi... Ohhh Dunia Artis... Pe yang aku melalut nie.. Xsesuai dengan tajuk...

Sebenarnya n3 aku kali ini nak cerita or nak bagi pendapat tentang nasib anak-anak zaman sekarang ini. Dulu sebelum ada anak tak la terasa sangat. Tapi sekarang baru aku faham dan perlu memahami.. Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini, kebanyakkan kaum hawa yang dah berkahwin..(uish..teringat cite adam & hawa plk).. atau lebih dikenali sbg ISTERI keluar bekerja sama2 mencari rezeki. Bukan sebab suka2 xnak jaga anak tau, semua disebabkan desakan hidup. Kaum Adam yang bergelar suami tak tertanggung untuk memikul bebanan tanggungan seorang diri. So dikongsi bersama dengan ISTERI.

Tak masuk lagi tajuk aku nie... Disebabkan suami isteri dah bekerja, maka anak2 yang masih kecil akan dihantar ke rumah2 pengasuh, nursery atau ditinggalkan bersama2 org gaji dirumah. Bayangkan if seawal 7 pagi dah keluar, bagi ank2 yang masih kecil mst belum bangun tidur lagi waktu ni.. mak dan ayahnya dah keluar g kerja. Balik pulak pkl 7mlm.. Fuhh 12 jam di tinggalkan anak2 itu. Bila smp rumah dah sibuk dngn diri sendiri. Yang isteri plk dah sibuk nak masak bagai.. Si anak kecik ni plk terbiar atau cuba menarik perhatian ibu dan ayahnya ntk melepaskan rindu stlh 12 jam terpisah. Tapi ibu dan ayahnya tidak faham. Kdg2nya si anak yang tidak faham ape2 ni di marahnya. Atau dijadikan tempat marah dek krn penat dan stress tekanan kerja.

Bayangkan la bertapa kesiannya ank-anak kecik ini. Dah la seharian dok dgn org lain, blk2 pun kne marah dek disebabkan minta perhatian. So plz.... Bagi ibu bapa yang berkerja, balik lewat, tinggal anak lame2... TOLONG jangan MARAH2 if si kecil minta perhatian. Xsalah jika layan kehendaknya seketika. Ini juga peringatan untuk diri aku sendiri.. Bukan nak manjakan anak, tetapi bila difikir2kan balik, ank tu xbuat salah pun untuk dimarahi. kalau die buat salah sekalipun, mereka masih tidak faham. Kita sebagai org dewasa hanya boleh menegur or melarang dgn cara berhemah. bukan nya dengan tengking dan herdik.

Tu sebab aku kalau boleh elakkan untuk marah anak aku dgn perasaan marah yang membuak2. Kalau marah sekalipun aku akan letak die kt atas lantai n biarkan dalam 5 or 10 mnt untuk die meronta2 baru aku dtg pujuk semula. Pada ketika itu la aku sbnrnye hilangkan dulu persaan marah aku sblm pegang anak. Ion2 xbaik xla mengalir ke anak kita. huhhuhu....

Aku yang hari2 balik rumah dan kdg2 je kne kerja mlm pun rase rindu kat anak membuak2.. tu yang buat aku xsampai hati nak marah2 anak nie. lain la mak2 kita dlu yang kebanyakkannye suri rmh. Mmg 24jam mghadap anak. Berhak la jugak nak hangin dgn anak. Aku lebih xfaham ade sesetengah ibu bapa yg sanggup berjauhan dengan ank dgn alasan kerja. Isk klau SUAMI tu mmg la tggjawab die. Kerja. Nie yang Isteri n ibu nie. Kerja dgn anak mne tggjwb yg lebih besar erk.. bukan ke anak. Sbb die amanah. Kerja boleh resign. If jaga ank nie mati je kot br leh resign.

Emo betul aku ble ade sesetgh ibu bapa yg hntr ank balik kg. Suh nenek or atuk yg jg. Klau dlm tempoh sehari dua xpe.. Ni kdg2 darpd kecik smp ke besar. Xckp ke dlu2 dorg mak bapak dorg dah jg. Nie smbg plk kt anak dorg.. Isk2... xptt btul.. Emo kan aku..... Klau betul la yg hntr ank ke kg tu ada sbb2 yg xleh nk elak.. xpe.. Nie alsan kerja or xdapat cari pengasuh.. Pastu dah jumpa anak jrg2 tu, sekali sekala jumpa nak marah2 plk.. lg la aku rse bnda nie xptt terjadi....

Aku harap n berdoa agar aku dapat jaga anak2 aku dari kecil smp besar n dorg dh boleh berdikari. Wlpn aku xjg 24 jam.. skrg2nye aku nak tp2 hari aku dpt pndg muka dan sentuh ank aku.


Kalau xtgk sehari muka nie... rse cm nak gila jer...huhuhu


Monday 1 October 2012

1 year 8 months...

AsSalam...

Dah lama tak buat N3 pasal my little son. Muhammad Qaid Ihtishaam. Sekejap je dah 1 tahun 8 bulan. Kerenah pun dah mcm.... Aku rse mcm nak list kan perkembangan die from last update aku dlu pasal my little son nie.. perkembangan-terkini-babyqaid.... adelah sebulan yang lpas.

Aku start from here k...

28 Sept 2012

BabyQaid dapat pengasuh baru sebab opah die dah xmahu jaga.. Ops2... jgn salah tafsir dlu.. Kitorg ok jer.. Opah die kan baru kematian suami.. so byk urusan nak kne settlkan. So die xnk la sshkn ktorg asyik nk ambik cuti je nnt... Die decide xnk jg babyQaid lagi.. Sedih kan.. babyQaid xsedih pun... mak die yg emo.. the best thing.. opah die dh carikan tempat baru. Siap dah g rmh org tu nk bgtau mntk tlg jaga qaid. Kitorg nie main hntr jer... uhuhuhu....Thanks la kepada opah qaid tu. Sebab dah tolong jaga anak ktorg from lps patang smp umur die 1 tahun 7bln.. Lame tue.. Siap package sabtu n ahad lagi.. Thanks a lot...

1 Oct 2012

Bermula la episod baru babyQaid bersama new Babysitter.. Name akak tu fizah. So aku pggl kak fizah.. Jaga ramai gak la.. 6 + ank die 3..9 hokey.. respect gilosss.....Actually ank die dah besar2 pun... Dah sekolah pun. Yg sulong girls dah form 1. So aku slalo la nmpk die tlg kak fizah jg anak2 asuhan.. BabyQaid pun suka jer dok c2.. Just myHubby told mula2 mse nk hntr die tu, agk pelik gak la muka die.. Mcm xnak turun drpd mtr pn ade.. tapi kak fizah tu pandai treat die.. Trs la myHubby pn blah. Tapi bila ptg nak ambik die smula.. mmg letih la kot.. Sbb xnk balik nak main.. Huhuhu....So bab babysitter selesai...

Vocabluray..

Sekarang bukan main lagi la babyQaid nie.. Pndai la cakap cikit2.. Adela 2,3 perkataan yang sgt jelas didengar.. cthnya : 'ADOI..., JOM..., PAPA...., ANDI...., NAK..., UPIN PIN.....,BOBOIBOY.... dll...
yang sedihnya panggil aku pun papa..hehehe..xpela sayang... belajar lg eh sebut mama.... Sangat banyak mulut. Bercakap jer.. tapi xberbutir... Lagi2 klau ade ramai orang. Die lagi la suka... Ramai yang melayan.... Geram tahap nk gomol2 je ank mama sorg nie.

Susu..

Dah berjaya ceraikan susu. 100% FM skrg.. Die pun dah pandai ckp 'cucu' bila dahaga.







Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers