Semalam 25 OCT 2015 genap umur babyRaif 6 bulan. Secara rasminya dia dah dibenarkan untuk makan. Tahniah juga untuk diri sendiri sebab berjaya fully BF tanpa sulam air kosong langsung. Air kosong ada la jugak bagi sekali dua lepas bagi babyRaif makan ubat. Itu pun dia pandai reject dengan lelehkan keluar ikut tepi mulut. Masa zaman abangQaid ilmu tak berapa cukup. So memang awal-awal lagi dah sulamkan air masak daripada dalam pantang lagi.
Actually aku start try bagi makan pada hari sabtu lepas. Kiranya hari semalam merupakan hari kedua dia diberi makan. Untuk permulaan ini aku bagi sehari sekali sahaja. First food aku bagi adalah bubur blend. Aku basuh dulu beras, keringkan and blend. Lepas tue baru masak. Oleh kerana blender kering aku ni canggihla sangat, aku blend banyak kali pun beras dalam kuantiti sikit memang la tak hancur betul.
Aku masak punya la lama bubur tu tapi still nampak butir-butir nasi. Patutnya aku tapis dulu bubur tue, tapi disebabkan ilmu yang aku tuntut tak habis aku direct bagi dekat babyRaif. So ini la hasilnya bila babyRaif dapat makan.
Aku masak punya la lama bubur tu tapi still nampak butir-butir nasi. Patutnya aku tapis dulu bubur tue, tapi disebabkan ilmu yang aku tuntut tak habis aku direct bagi dekat babyRaif. So ini la hasilnya bila babyRaif dapat makan.
![]() |
Abaikan model belakang tu ye |
Excited dapat makan. Siap tolong tarik tangan masukkan ke mulut dia. Tapi lepas 5 kali suap terus dia dah tak excited. Start meragam pulak. Rupanya mama dia tak habis ambil ilmu lagi. Sepatutnya sekali makan untuk permulaan hanya 2 sudu teh sahaja. Yang mama and orang keliling over excited pergi suap beriye. Tapi dalam kuantiti sikit la. Bila babyRaif dah start reject and meragam, masing-masing panic ingatkan lambat suap. Sekali baca balik blog n rules bagi baby start makan adalah memang macam tue. Jangan aspek sekali makan dah banyak macam kita ni.
Hari semalam bagi lagi makan bubur. Tapi kali ini aku cairkan lagi dengan standby air masak dekat botol susu dia. So far ok. Dapatla jugak banyak die makan. Hari ini bekalkan bubur gak pergi taska. Hope pangasuh-pengasuh dekat taska berjaya suapkan dia.
Ok sampai sini je nak cerita pasal solid food babyRaif..
No comments:
Post a Comment