Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Thursday 29 October 2015

Lawatan taska ke Bank Rakyat & Art Gallery

Assalamualaikum..

Entry ini sepatutnya aku update hari Rabu. Tapi disebabkan babyRaif demam & aku ambil cuti, so terpaksa postpone sampai la hari ini baru update.

Hari Selasa lepas taska tempat abangQaid adakan lawatan ke Bank Rakyat Cyberjaya & Art Gallery Seri Kembangan. Beruntung abangQaid sebab tak sampai sebulan lagi duduk dekat taska tu, dah join pergi lawatan. Excited dia dah hampir seminggu. Asyik remind nak pergi lawatan. Tak pasti pulak dia faham ke tak maksud perkataan lawatan tu.

Oleh kerana sebelum ini pergi taska pakai selipar cabuk dia je, so hari ahad ajak la en.Suami pergi cari sandal untuk abangQaid. dah masuk taska ini mama dia ni baru la ada nafsu nak cantik & kemas2 kan anak. Kalau dulu asal boleh je hantar anak pergi umah pengasuh. Seluar lain baju lain pun takpe. Azab sungguh kan perangai.huhu..

Hari isnin tu dah pesan kat abangQaid tidur awal sebab nak kena bangun awal esok. Kali ini nak kena hantar siap mandi semua. Sebelum pukul 7.30 kena dah ada dekat taska. Naseb baik abangQaid senang & ikut kata. Excited nak pergi lawatan punya pasal semua dia ikut. Kejut bangun pagi tu pun senang je. Mama dia ni pandai la trick2 tanya soalan pasal lawatan nanti macamana. So dia terus bukak mata & pegi mandi. Bab siapkan anak pakai baju n smart2 ni serahkan pada En.suami. Kalau aku yang buat nanti ada je yang tak sedap di mata en.suami. Yela aku ni asal boleh je semua benda.huhu

Pagi itu hantar tetap macam biasa. Pukul 7 dah keluar rumah. Just kali ini tak banyak ragam la. Hantar abangQaid pun macam biasa takde makna nak tunggu2 semua. Memang betul2 ikut style arwah bapak aku, kalau hantar anak pergi sekolah memang tak ada istilah tunggu2 ini. Walaupun hari pertama sekolah. Campak & terus tinggal.Pandai-pandai la ko nak hidup. Hahaha.kejam sungguh ayat campak aku tu. Style aku pulak memang jenis tak banyak tanya apa-apa dekat cikgu dia. Berdoa je semoga anak aku selamat pergi dan balik.

Dalam tengahari sikit tiba-tiba handphone aku bunyi. Tengok phone ade pulak group wassep baru. Sekali tengok ada group playskool taska rahiza. Lepas tue berderu-deru wassep masuk. Rupanya cikgu die hantar gambar budak2 ni. Meh layan gambar masa lawatan abangQaid.


                                                         





Atas ini gambar masa dekat bank rakyat Cyberjaya. Korang tengok gambar2 ni abangQaid mesti yang diri paling depan. Bila tunjuk gambar2 ni dekat en.Suami terus dia cakap bab duit... laju je abangQaid. Balik daripada beg dorang dapat beg goodies. Dalamnya ada pensil warna, kertas lukisan gambar burung nuri, kotak pensil nuri botol air & satu pek makanan ringan. Excited si abang bercerita. Barang2 dia dapat tu pun tak bagi adek usik.


 




Gambar ini pula dekat art gallery. Tak tau pula ada benda macam ini dekat seri kembangan. Nampak sangat kita tak ambik tahu.Yang gambar part pegang hose tu yang tak boleh blah. Sangat mewarisi. Suka sangat abangQaid dapat pergi tempat macam ini. Dikalangan budak-budak lain pun nampak la yang abangQaid macam yang paling besar. 

Ok la abang, next time kalau ada lagi lawatan abang pergi ye. Nak tunggu mama n papa dia bawak susah la sikit sebab adek tak barapa sihat. Tunggu adek besar sikit hokey.

Itu je nak cerita..

p/s: lantakakulanaktulisapesebabakupunyablog.hahahaha
















No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers