Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Sunday 9 December 2012

Jiran yang OVer baik.

As-salam..

Dah lama tak update blog aku ni. Mungkin disebabkan sangat sibuk dengan assigmnet, kerja dan family program. Rasa nak tercabut kepala lutut dan kepala otak. Sangat-sangat stress. Sampaikan habuk di rumah aku tu tebal berinci-inci. Uish... jauh dah menyimpang ni. Kena balik ke pangkal jalan . Takde kena mengena pun dengan tajuk yang aku nak tulis.

Oleh kerana ini blog aku, so dengan sukacitanya aku nak tulis ketidakpuas hatian aku kepada salah SATU JIRAN merangkap OFFICEMATE aku yang sangat busy body, terlebih ambil berat sampai aku rimas. Sebelum ni banyak benda yang dia buat sangat-sangat aku tidak puashati. Tapi aku sabar je. Memikirkan dia adalah orang tua. Tua nak M****S! 

Tak di nafikan jiran aku + opismate aku ni rajin orangnya. Peramah tak bertempat. Tapi jangan la sampai aku tidur kat mana, susun atur rumah aku macam mana dia nak cerita kat opismate aku yang lain. Cerita masa aku takda kat opis pulak tue.Memang la lepas tue dia ada minta maaf aku... Tapi TIADA MAAF bagi mu. Yela kan... ko dah sedap-sedap canang cerita pasal aku, senang-senang je ko nak minta maaf. Semenjak daripada itu aku tak benarkan suamiku tinggalkan kunci rumah aku kat dia masa kitaorang balik kampung. Biarpun lama, biar la aku punya fridge busuk bila trip, lebih rela daripada ada orang cerita busuk pasal aku.

Mesti pelik kan kenapa aku tinggalkan kunci kat jiran aku bila aku balik kampung. Sebenarnya macam nie, rumah aku selalu trip, So aku percayakan jiran merangkap opismate aku nie untuk On kan semula switch power bila ada trip. Aku punye Switch board tu just kat tepi pintu je. Perlu ke dia masuk sampai ke dalam-dalam rumah aku? Sampaikan yang dia cerita kat orang lain adalah condition bilik belakang sekali rumah aku.. Daripada tu pun kita dah tahu yang dia menjelajah ke setiap pelosok rumah aku kan... XAMANAH LANGSUNG! Lepas tue bodoh pulak tu, dah buat salah cerita pulak kat orang lain yang aku kenal sangat-sangat. X ke BANGANG punya orang tua.

Ada satu kes lagi yang aku tak berkenan, dia ni kadang-kadang bagus sebab ambil berat. Tapi tak kena cara. Dia tahu kot aku satu family tido kat ruang tamu, secara tak langsung aku pun dah bagitau kat umum..HAhaha... Suami aku pulak memang suka kunci grill umah lambat. Sebab dia pun tak tido lagi walaupun kadang-kadang dah tertido sampai ke pagi tak kunci pintu. Jiran aku yang anggap diri macam 'JIRANCOP' ni sangat-sangat la ambil berat. Bila kat opis je tanya la malam tadi kenapa tak kunci pintu. Siap cakap yang sliding rumah aku tu takleh lock la.Aku tidur depan tv nnt bahaya la.... Di dengari oleh opismate aku yang lain. Malu hokey... Siap menambah lagi, dia kata setiap kali dia terjaga awal pagi, dia akan selak langsir tingkap rumah dia nak tengok kereta aku ada tak dan kita orang lock grill ke tak... Jelaskan yang aku dapat jiran sangat BUSYBODY! Sangat-sangat tak SUKA!

Kes yang terbaru adalah minggu lepas, aku kena standby dengan dia. So ada satu doket 15minit sebelum balik. So dia bagi la alasan nak balik sekejap ambil anak dia balik kerja. Aku mengenangkan anak dia tu OKU jer.. So aku cakap takpela balik la dulu. Aku cuba settlekan. Tapi if aku tak boleh settlekan dia kena la datang. Ok setuju. Aku pun pergila buat. Memang tak boleh settle. So aku minta la dia datang lepas ambil anak dia. Tup tap tup tap.. dia kata nak turun lepas maghrib. Baru sampai rumah lepas ambil anak katanya. Dalam pukul 7 macam tu. Dalam hati aku, lambat la pulak sampai rumah. Sedangkan aku biasa je nampak dia ambik anak. Tapi sampai rumah takda la sampai pukul 7. Sabar lagi. Tunggula sampai pukul 8. Tak sampai-sampai gak. Bila aku bagitau suami aku, dia kata jiran aku tu tak keluar rumah lagi pun. Aku sabar sampai pukul 8.30. Aku try call dia kata dah nak sampai. Dapat-dapat msg daripada suami aku bagitau yang jiran aku baru je keluar rumah. Dalam hati ada bara api hokey! Apalagi aku kemas-kemas barang terus balik! Sabar aku sampai tahap tu je K. Dia call aku banyak kali aku tak angkat. Esoknya aku tak masuk opis. Dia call lagi, aku xangkat. Dah tak dapat call aku, dia call suami aku pulak. Suami aku pun tak angkat. Sama-sama panas hati dengan aku. Yela.... orang tua tu sedap-sedap kat rumah, siap makan minum bagai, bini dia kat opis kena buat kerja sorang-sorang.

Panjang dah aku cerita pasal JIRAN aku yang sangat merimaskan kan ni. Sebenarnya panjang lagi. Tapi dah tak kose nak taip cerita pasal si BANGANG ni. Cukup la sampai sini. Aku dah letih nak berjiran dengan orang-orang macam ni. Cepat la dia pencen dan balik kampung dia. Aman sikit hidup aku!!!!!!!!!!
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers