Agak busy lately ni dengan urusan pindah rumah. Walaupun dah tahu awal 6bulan sebelum kena keluar, tetapi urusan still tak sudah-sudah. Rasa macam nak pengsan uruskan pasal pemindahan rumah sewa baru ni.
Seperti sedia maklum sebelum ini aku menyewa di Taman Rakan Cheras. Genap 4 tahun 10 bulan aku duduk menyewa dekat situ sebelum kena keluar. Adek kepada arwah (tuan rumah) nak duduk. Ayah arwah dah beritahu masa bulan april lagi minta keluar selepas raya. Tapi kita orang minta tangguh sampai bulan october.
Masa dapat tau nak kena pindah hari-hari buka Mudah.com cari rumah sewa lain. Tue tak termasuk post status facebook, tanya kawan-kawan whats up dan jiran tetangga. Plan awal memang nak cari rumah area taman tu juga so pindah tak ada la jauh sangat. Bila survey2 harga sewa macam melampau pulak. Semua rate 1000++. Nak menanges tengok sewa mahal macam tu sekali.
Bincang balik dengan en.suami kena pilih lokasi lain yang lebih affordable. Bila dah di kira campur tolak bahagi darab, kita orang dicide cari rumah dekat puchong area tempat kerja suami. Cari punya cari, tengok sana sini, survey berhari-hari, akhirnya dapat jugak. Dapat daripada member kita orang jugak. Member dia baru pindah daripada umah tu, kebetulan owner nak cari penyewa baru. Harga pun ok. Rumah landed double story. Yang penting dekat bawah ada bilik. Jadi senang bagi orang tua kami datang tak perlu nak naik tangga semua.
Kami dah start sewa rumah tu daripada bulan September. Tapi disebabkan kekangan masa dan jadual penuh, jadi prosses pindah rumah ditangguhkan sampai awal bulan 10. Rumah lama pun still sewa lagi untuk sebulan. Tolak duit deposit je. So takdela terasa sangat. Walaupun ayah kepada arwah bagi extra masa lagi sampai hujung tahun, tapi kita orang dah buat keputusan nak pindah bulan 10. Sebab tak nak kumpul semua urusan pada hujung tahun dengan Qaid akan masuk tadika tahun depan.
Urusan mencari pengasuh budak-budak sangat payah. Sebab taman baru aku duduk ini tak ramai jiran Melayu. Akak sebelah rumah aku sebelum ini memang jaga budak. Tapi bila anak die nak exam PT3 tak lama lagi die dah tak ambik jaga budak. Aku ronda-ronda pun still tak jumpa orang mengasuh. Macam biasa aku up status dekat facebook dalam group whatsupp dll. Ada jugak yang call dan whatsupp tapi semua agak jauh daripada rumah dan agak susah nak access. Last option memang daftarkan budak-budak ke Taska jela. Area taman tu memang macam-macam taska ada. Aku tawakal aja registerkan anak-anak ke Taska Al-Hatem. Hope dorang terjaga di sana.
Urusan pasal lori semua en.suami uruskan. Sewa lori 3tan RM380 dengan 4 pekerja termasuk driver. Itu pun tak muat semua barang. Sebelum ini setiap minggu pergi puchong angkut la sikit-sikit kotak yang boleh sumbat dalam kereta. Sebab dah agak mesti tak muat lori nanti. Sebab barang-barang besar je dah banyak. Itu pun banyak jugak la yang tinggal.
Secara rasminya kami sekeluarga berpindah pada 3 Oktober 2015. Semoga di tempat baru ini kami sekeluarga dapat sesuaikan diri dengan masyarakat dan kejiranan di sana. Bila tengok semula gambar masa pindah rasa sedih pula. Tak tau kenapa. Ops lupa nak beritahu kami pindah ke Taman Saujana Puchong.
Secara rasminya kami sekeluarga berpindah pada 3 Oktober 2015. Semoga di tempat baru ini kami sekeluarga dapat sesuaikan diri dengan masyarakat dan kejiranan di sana. Bila tengok semula gambar masa pindah rasa sedih pula. Tak tau kenapa. Ops lupa nak beritahu kami pindah ke Taman Saujana Puchong.
Meh la layan gambar moment-moment masa pindah rumah. Nak cerita pasal kerabakan poket kita orang masa pindah rumah rasa macam tak sanggup
![]() |
Barang-barang dah load masuk lori tapi ada lagi yang tak habis kemas. |
Kedaan rumah sewa baru selepas dah dimasukkan barang.
No comments:
Post a Comment