Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Saturday 7 October 2017

SETAHUN PUNYA CERITA

Make it short

DECEMBER 2016  - Berjaya pindah ke JDT. Tempat kerja baru, rumah sewa baru, kawan baru,suasana baru & segala2nya baru. Yang lama suami, anak2 n company. Aku pindah TM Batu Pahat dan en.Suami TM Kluang. Decide sewa rumah di Batu Pahat.

FEBRUARY 2017 - En. Qaid kita pindah sekolah baru gak. Dekat dengan rumah. Tadika Ai Chun. 100% chinese base. If sebelum ni dekat Smart Reader just ambik extra subject je mandarin. Tapi kali ni memang all subject di ajar dalam bahasa mandarin. Alhamdullilah cepat dia tangkap. So far dah 8 bulan sekolah die dah boleh cakap mandarin.


Sunday 29 May 2016

Viral Beli Rumah di Usia Muda

Assalamualaikum & salam sejahtera


Baru-baru ni sibuk viral pasal usia muda dah beli rumah. Alhamdullilah rezeki masing-masing. Ada juga yang viral status ketidakpuashatian sebab tak mampu beli rumah. Macam-macam... Aku yang baca ini pun macam tergerak nak menulis pengalaman yang aku alami sendiri pasal beli rumah, kereta dan jatuh bangun aku dalam perjalanan untuk memulakan hidup. Bak kata orang, setiap orang ada pengalaman masing-masing. Kalau sama aje.. tiadala variasi dalam hidup.

Alhamdullilah dan bersyukur sangat aku berjaya untuk membeli rumah pada usia 23 tahun. Dalam masa yang sama aku beli kereta jugak. Beza beberapa bulan je selepas aku beli kereta aku dapat pula beli rumah. Alhamdullilah kehadrat Ilahi sebab rezeki aku dengan kerja baru setahun dengan gaji RM1250 TANPA simpanan duit langsung aku berjaya juga miliki dua asset ini. Mungkin bagi status yang viral dekat FB itu bgtau kena simpan duit belanja masa belajar la..Jangan beli kereta dulu la...baru boleh beli rumah aku rasa mungkin itu dia. Bukan untuk semua orang.

Tapi dugaan tetap ada walaupun nampak macam bagus aje sebab boleh ada rumah dan kereta dalam usia muda. Kerja pun belum lama. Aku nak cerita dekat sini, aku beli rumah flat medium cos dekat shah alam dengan harga 60k. Kereta yang aku mampu beli masa itu adalah perodua viva 850 dengan harga 30k. Duit deposit untuk dua benda ini aku meminjam sana sini. Alhamdullilah aku ada adik beradik dan Boyfriend (sekarang En.suami dah) yang sangat-sangat membantu. Dorang la tempat aku pinjam duit dan tolong pemberi nasihat aku masa itu. 

Mesti ada yang cakap kenapa beli kereta dulu. Kalau tiada loan kereta mesti leh dapat beli rumah besar lagi. Hai dek2 non sekalian, akak nak beritahu.. tidak semua orang bernasib yang sama. Akak tiada kenderaan nak pergi balik kerja. Dok menumpang dengan kawan yang kadang-kadang tak berapa suka pun kita menumpang die. Public transport pulak tak masuk taman rumah sewa akak. Nak naik teksi hari-hari, bila dah kira tambah tolak bahagi darab sama dengan cos beli kereta. Ok bab beli kereta habis ye. So jangan judge orang beli kereta dulu sebelum beli rumah adalah tak bagus. Ini semua ada alasan tersendiri dan rezeki masing-masing. Susah senang orang itu lain-lain ye dek non.. Tak payah nak kecam sangat.

Pasal umah pulak, masa nak beli rumah ada la gak orang-orang keliling dok cakap-cakap kenapa pilih umah flat je. Tinggi pulak tue. Lagi la masa itu kawasan flat aku tu dikelilingi kilang-kilang. Jalan masuk pun guna jalan tikus aje. Tapi nak buat macam mana itu je yang murah. Gaji aku pun lepas ngam-ngam je untuk beli rumah itu. Nak beli rumah besar lagi memang tak mampu. Niat untuk duduk rumah yang beli memang takde. Tapi masa beli itu just pujuk hati kalau apa-apa jadi at least aku ada rumah. Masa itu takde lagi status FB pasal asset rumah ni. So memang tidak terpikir pun pasal nak buat investment ke apa. Nak up status pasal beli rumah umur 23 tahun lagi la xterpikir. Tapi macam aku cakap la tadi, ini mungkin rezeki aku. Tak boleh nak kondem orang lain. Orang lain belum dapat beli rumah mungkin rezeki dia dekat tempat lain.

Dua tahun lepas tu aku pun kahwin. Duit kahwin jangan tanya dapat mana. Next time cerita. Sebab hazab gak nak penuhi kehendak diri dan family. Lepas kahwin mestilah nak duduk sama dengan en.Suami kan. Rumah yang aku beli agak jauh daripada tempat kerja. So decide sewa rumah. Flat jugak tapi dekat sikit. Setahun juga la dok menyewa dekat situ, en.Suami plan nak cari rumah sewa landed sebab memikirkan faktor kalau mak ayah & sedara mara nak datang susah. Mak aku pulak orang kampung yang memang tak biasa dok umah tinggi-tinggi ini. Alhamdullilah la dapat rumah sewa landed dengan sewa murah. 

Bermula la episod desakan orang tua suruh beli rumah bawah pulak. Sebab dah selesa kan kalau datang rumah anak parking depan pagar terus masuk rumah. Masa itu telan jela apa orang tua cakap sebab tau tak mampu dengan harga rumah makin mencanak naik. Kalau yang ada murah pun jauh. Kira-kira kos pergi dan balik kerja lagi. Memang tak berbaloi. So setiap kali desakan daripada orang tua kita orang pekakkan jela telinga. Mesti ada yang cakap takpe la beli jela yang jauh tue, buat asset. Dek non oii.... kalau akak beli tiap-tiap bulan nak kena bayar kan. Mesti ada yang cakap sewakan... Sewakan boleh.. tp dapat tak cover bayar bulanan akak. Kena pikir semua tue dek oii... Tak semua orang mampu dek non... Mungkin ada yang boleh buat macam tu. Tapi akak tak mampu nak buat macam tue dek non oiii...

Tup..tup... akak beli kereta baru dua tahun kemudian. Kereta Honda City pulak tu. Ada pulak yang cakap.. beli kereta mampu..suh beli rumah bagitau xmampu. Lagi-lagi sekarang Viral dekat Fb dengan gaji yang akak ada ni patutnya hanya mampu beli perodua AXIA or MyVi je. Tapi aku sabar jela..sebab setiap tindakan seseorang ada alasan tersendiri. Meh akak nak cerita.. mungkin rezeki akak kot beli kereta buatan Malaysia tapi pakai baru 3 tahun dah ada macam-macam masalah. Walaupun akak bayar bulan2 RM400 je, tp selepas 3 tahun akak pakai kereta tu, bermula la episod tiap2 bulan macam-macam ragam. Hampir setahun gak la akak tahan je. Setiap bulan ada je kena g bengkel berhabis 3,4 ratus. Tue belum termasuk yang service tiap-tiap bulan. So korang kira la sendiri berapa cos beli kereta baru dengan akak kena kluarkan duit untuk maintain kereta sedia ada. Jadi serik pulak. So masa tu la pasang niat lepas ni kalau nak beli kereta yang betul2 baik dan berdoa leh pakai tahan lama. Orang tak nampak kita yang menghadap ragam kereta kita. Orang tak tau kenapa kita nak beli kereta yang mahal sikit. Semua tu orang tak nampak. Akak akui ada orang beli kereta buatan Malaysia tapi dh sembilan tahun still elok je lagi. Tak nafikan itu semua. Macam aku cakap la tadi rezeki masing-masing. 

Tapi memang dah jadi fitrah manusia agaknya. Sentiasa suka membeza-bezakan kemampuan dan takdir orang lain. Bagi yang beli kereta mahal dorang dok judge kata nak menunjuk tue, aku percaya korang ada alasan tersendiri. Macam aku la dok pikir kalau beli kereta murah pun still xmampu nak bayar rumah yang aku dok sewa sekarang ni. Iyelakan kalau beli rumah yang aku sewa ni 400k. Bulan-bulan 2000 pasti. Bayar kereta baru 850 je. Kalau jadikan die kereta murah pun adala murah 400. So kira la sendiri mana nak cekau lagi 1600?? Walaupun dah ada rumah, kalau rumah itu tak menepati citarasa orang keliling tetap kena kecam gak. Kalau ada satu rumah je, mesti ada yang cakap beli la 2,3 biji rumah buat asset pulak. Apatah lagi yang belum ada rumah. Dok la kena kecam macam dorang confirm masuk neraka kalau tiada rumah. Ini semua ketentuan ALLAH SWT. Apa yang perlu kita buat usaha yang terbaik. Bagi yang belum ada rezeki miliki rumah, mungkin rezeki korang dapat anak-anak yang berjaya akan datang. Mana kita tahu kan. Bagi yang dah berjaya miliki rumah 4,5,6,7 biji di usia muda.. Alhamdullilah rezeki korang. 

#Jangankecam
#Rezekimasing-masing
#Variasikehidupan


































Sunday 6 March 2016

Kehilangan Seorang Sahabat Opis

Assalamualaikum...

6 MAC 2016 perginya seorang rakan opis aku yang bernama En. Mahadi Bin Bakri.
Dikala umurnya baru sehari genap 56 tahun.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al fatihah.

Tuesday 1 March 2016

HAPPY 5TH BIRTHDAY MUHAMMAD QAID IHTISHAAM



Assalamualaikum

Kelmarin 28feb2016 merupakan hari lahir abang Qaid yang ke-5 tahun. Sekejap je membesar anak mama & papa. Mama doakan abang sihat sejahtera disamping menjadi anak yang soleh kepada kami.

Sambutan secara besar-besaran memang tak pernah buat pun. Just kali ini special sikit sebab abang Qaid dapat kek pilihan hati dia sendiri iaitu kek Ultraman.
                                                           
                                                             

Mama & papa pun ada sediakan sikit goodies untuk kawan-kawan sekolah. Kalau dulu pernah juga buat goodies bagi dekat kawan-kawan sama asuhan. Tapi kuantiti sikit. Kali dalam 60 goodies juga kena buat. Sebab total kawan tadika 56 orang.   


                                                      

So kek memang bawa pergi tadika la sebab banyak sangat kalau nak kami 4 beranak yang nak makan. Saja nak bagi abang suka-suka. Rasa pengalaman sambut birthday di sekolah. Dia pun enjoy and bila balik rumah macam-macam cerita. Kami as parent tadah telinga jela dengar.

                                  

Birthday kali ini die nak hadiah Ultraman lagi. Bukan kek je nak request Ultraman. Hadiah pun Ultraman. Padahal masa birthday ke-4 tahun pun dapat patung Ultrman yang besar tu. Layankan jela.


                                                        

Abang dah lima tahun kena jadi budak baik dengar cakap mama & papa tau and tolong jaga adek.










Sunday 3 January 2016

Hari Pertama Qaid Ke Sekolah

Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog. Mula-mula je hari itu semangat update seminggu sekali. Lama-lama makin hilang pula semangat tu.

Hari ini merupakan hari pertama Qaid pergi ke sekolah. Setelah ditimbang tara dengan beberapa sekolah yang ada, akhirnya kami memilih Smart Reader sebagai sekolah pertama Qaid.

Macam biasa pagi sekolah dekat Smart Reader petang akan transit semula ke Taska Rahiza yang berdekatan dengan sekolah.

Hari ini agak huru hara sekejap sebab nak kena hantar Qaid sebelum 7:30 pagi. Dengan ragam yang macam-macam.

Meh kita belanja gambar Qaid yang dah macam mandor estate ni.


Terpaksa pakai seluar pendek sebab sekolah die stock untuk seluar panjang tiada. Cikgu dia cakap HQ pun tiada stock. So redho jela pakai seluar pendek dulu sementara tunggu seluar panjang.

Belajar baik-baik ye Qaid. Semoga boleh belajar jadi budak bijak.

Wednesday 18 November 2015

UPSR- Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Assalamualaikum

Baru-baru ini result UPSR dah keluar. Tahun takde sorang pun dikalangan sedara mara or ank buah yang ambik exam UPSR. So selamat duit poket I. hahaha..dasar kedekut punye makcik kan....

Tujuan utama aku mengarang hari ini adalah nak menegur segelintir masyarakat malaysia ini. Suka bagi motived pada yang kurang berjaya & other hand condemn sebelah pihak yang berjaya. Tak dinafikan tidak semua macam tu. Tapi kebanyyakkan macam itu. Penuh newsfeed dalam media sosial aku dengan kata-kata berbunyi macam ni 

" Dulu aku dapat bla..bla..bla... elok je sekarang jadik doctor or bla..bla..bla....Kawan aku yang dapat 5A sekarang xberjaya pun.. kerja sapu sampah & bla...bla..bla...".

Nampak tak kat situ korang dah condemn budak2 yang berjaya. Secara tak langsung dorang pun ada perasaan jugak. Terus dorg trbayang masa depan dorang. Adakah mereka akan jadi macam status yang korang update tu. No...no..no... ada jugak yang berjaya daripada awal hingga kini.. Mereka berusaha keras untuk berjaya. Bukan dengan semudah petik jari je. So xsepatutnya dorang dicondemn. Mungkin yang kurang berjaya pun ada yang berusaha keras, tapi tiada rezeki mereka.

Yang paling keji ada status seorang friendlist aku dalam fb. Yang ni sangat condemn sampai ke cikgu-cikgu die marahkan sangat. Mungkin itu pengalaman dia. But plz simpan pengalaman ngeri die untuk diri sendri je. lagi-lagi melibatkan guru yang telah mengajar die. Tak perlu la compare antara die dah budak2 yang berjaya. Kalau nak share sgt pun xperlu la nak cerita pasal cikgu-cikgu dia. Sepatutnya dia bersyukur dengan adanya sikap guru-guru die macam tue la die terus termotivasi untuk lebih berjaya.

So kita sebagai yang lebih dewasa & pernah lalui macam mana perasaan nak exam besar...sepatutnya lebih berhati-hati untuk memberi nasihat dan motivasi agar tidak ada pihak yang terluka.. Sekian....


Thursday 29 October 2015

Lawatan taska ke Bank Rakyat & Art Gallery

Assalamualaikum..

Entry ini sepatutnya aku update hari Rabu. Tapi disebabkan babyRaif demam & aku ambil cuti, so terpaksa postpone sampai la hari ini baru update.

Hari Selasa lepas taska tempat abangQaid adakan lawatan ke Bank Rakyat Cyberjaya & Art Gallery Seri Kembangan. Beruntung abangQaid sebab tak sampai sebulan lagi duduk dekat taska tu, dah join pergi lawatan. Excited dia dah hampir seminggu. Asyik remind nak pergi lawatan. Tak pasti pulak dia faham ke tak maksud perkataan lawatan tu.

Oleh kerana sebelum ini pergi taska pakai selipar cabuk dia je, so hari ahad ajak la en.Suami pergi cari sandal untuk abangQaid. dah masuk taska ini mama dia ni baru la ada nafsu nak cantik & kemas2 kan anak. Kalau dulu asal boleh je hantar anak pergi umah pengasuh. Seluar lain baju lain pun takpe. Azab sungguh kan perangai.huhu..

Hari isnin tu dah pesan kat abangQaid tidur awal sebab nak kena bangun awal esok. Kali ini nak kena hantar siap mandi semua. Sebelum pukul 7.30 kena dah ada dekat taska. Naseb baik abangQaid senang & ikut kata. Excited nak pergi lawatan punya pasal semua dia ikut. Kejut bangun pagi tu pun senang je. Mama dia ni pandai la trick2 tanya soalan pasal lawatan nanti macamana. So dia terus bukak mata & pegi mandi. Bab siapkan anak pakai baju n smart2 ni serahkan pada En.suami. Kalau aku yang buat nanti ada je yang tak sedap di mata en.suami. Yela aku ni asal boleh je semua benda.huhu

Pagi itu hantar tetap macam biasa. Pukul 7 dah keluar rumah. Just kali ini tak banyak ragam la. Hantar abangQaid pun macam biasa takde makna nak tunggu2 semua. Memang betul2 ikut style arwah bapak aku, kalau hantar anak pergi sekolah memang tak ada istilah tunggu2 ini. Walaupun hari pertama sekolah. Campak & terus tinggal.Pandai-pandai la ko nak hidup. Hahaha.kejam sungguh ayat campak aku tu. Style aku pulak memang jenis tak banyak tanya apa-apa dekat cikgu dia. Berdoa je semoga anak aku selamat pergi dan balik.

Dalam tengahari sikit tiba-tiba handphone aku bunyi. Tengok phone ade pulak group wassep baru. Sekali tengok ada group playskool taska rahiza. Lepas tue berderu-deru wassep masuk. Rupanya cikgu die hantar gambar budak2 ni. Meh layan gambar masa lawatan abangQaid.


                                                         





Atas ini gambar masa dekat bank rakyat Cyberjaya. Korang tengok gambar2 ni abangQaid mesti yang diri paling depan. Bila tunjuk gambar2 ni dekat en.Suami terus dia cakap bab duit... laju je abangQaid. Balik daripada beg dorang dapat beg goodies. Dalamnya ada pensil warna, kertas lukisan gambar burung nuri, kotak pensil nuri botol air & satu pek makanan ringan. Excited si abang bercerita. Barang2 dia dapat tu pun tak bagi adek usik.


 




Gambar ini pula dekat art gallery. Tak tau pula ada benda macam ini dekat seri kembangan. Nampak sangat kita tak ambik tahu.Yang gambar part pegang hose tu yang tak boleh blah. Sangat mewarisi. Suka sangat abangQaid dapat pergi tempat macam ini. Dikalangan budak-budak lain pun nampak la yang abangQaid macam yang paling besar. 

Ok la abang, next time kalau ada lagi lawatan abang pergi ye. Nak tunggu mama n papa dia bawak susah la sikit sebab adek tak barapa sihat. Tunggu adek besar sikit hokey.

Itu je nak cerita..

p/s: lantakakulanaktulisapesebabakupunyablog.hahahaha
















Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers