Hampir seminggu dah berlalu Hari Raya Aidiladha. Aku baru sempat nak update blog. Kekangan masa dan cuti raya yang panjang sebab aku menyepi daripada update blog.
Tahun ini giliran rumah belah pihak en.Suami untuk raya Aidiladha. Hari Rabu dah start cuti untuk spend masa lebih sikit di kampung en.Suami. Sebab lepas sembahyang raya nanti terus nak gerak balik Muar. Kampung belah aku pula. Kebetulan raya Aidiladha tahun ini sepupu aku daripada Singapore balik kampung untuk buat akikah anak-anak dia orang. Pagi tu sebelum sembelih lembu, ada kenduri doa selamat sempena satu-satunya adek lelaki aku yang akan bernikah pada Jumaat malam. Majlis belah perempuan pada hari Sabtu. Majlis belah pihak aku InsyaALLAH bulan 12 nanti.
Tema raya Aidiladha tahun ini warna kelabu. Ikut tema raya Aidilfitri yang lalu. Acctually baju raya Aidilfitri just repeat pakai je. So gambar baju & orang sama. Location jer berbeza.
Lepas ambil gambar semua, makan & gerak balik Muar. Sampai-sampai kampung memang dah penuh la rumah dengan sanak saudara. Makcik pakcik & sepupu2 aku yang daripada singapore dah sampai awal sehari sebelum raya. Actually dah hampir 6 tahun lebih tak jumpa dia orang. Dia orang pun jarang balik kampung sebab pakcik aku kurang sihat.
![]() |
Sepupu-sepupuku dengan anak-anak mereka |
Sampai kampung je kenduri doa selamat dijalankan dan lembu untuk akikah ditumbangkan. Adek beradek aku busy dekat dapur siapkan barang untuk masak daging akikah. Meriah semua orang berkumpul. Tapi malam tue memang lepak la. Tidur macam orang tak ingat dunia masing-masing.
Jumaat malam pula majlis nikah adek lelaki aku.
![]() |
Alhamdullilah dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri |
Esoknya merupakan majlis bersanding belah pihak perempuan. Kami adek beradek ambil tema warna biru. Tak kisahla biru apa pun, yang penting biru. Warna tu aku yang pilih sebab dah dekat setahun masing-masing dok tanya nak tema warna apa. Aku terus je cakap warna biru. So siapa-siapa yang dah ada warna biru pakai je sedia ada. Yang tiada je boleh beli.
So untuk pasangan pengantin ZAKI & DAYAH, aku doakan korang berbahagia till Jannah. Aidiladha tahun ini adalah Aidiladha yang penuh dengan peristiwa manis untuk kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment