Huru hara sungguh kehidupan aku lately ni. Start naik kerja lepas bercuti maternity selama 3 bulan, rasanya tak sampai sebulan aku penuh bekerja walaupun sekarang dah masuk bulan september. Awal-awal masuk kerja anak pengasuh kena demam campak. Hampir seminggu aku cuti. Tak lama lepas tue pengasuh pula yang demam. 2 Minggu lepas babyRaif warded dan minggu lepas aku pula MC 2 hari rabu & khamis akibat demam virus.
Pagi rabu aku drive macam biasa pergi ke opis. Sampai dekat highway besraya tiba-tiba rase lain macam. kat tengkuk dah rasa semacam je. Tak lama lepas tu jari-jari pulak rasa kebas. Macam dah tak boleh nak pegang stereng. Aku tahan kan la juga drive sampai ke opis. Kalau ikutkan hati macam nak berhenti kt tepi jalan je.
Sampai dekat parking opis kaki start kebas and badan menggigil-gigil. Gagahkn diri lagi untuk sampaikan ke opis. Jalan pun slow je sebab terasa sendi-sendi lutut sakit. Sampai je opis letak barang semua masuk surau. Berselubung dengan niat nak panaskan badan and nak hilangkan rasa seram sejuk. Hampir sejam selubung still tak hilang jugak makin teruk adalah. Menangkap dekat kepala pulak.
Kuatkan semangat whats app kat en.suami bagitau xlarat semua. Terus en.suami call and beritahu nak datang ambik bawak g klinik. So tunggu en.suami sampai terus bawak g klinik. Doctor check and beritahu aku kena demam virus sebab sakit sendi-sendi, pening kepala, muntah dan sejuk melampau. Bila check tekanan darah aku rendah iaitu 90/50. Bacaan atas min untuk normal. Untuk bacaan bawah dah bawah bacaan min. Bacaan min 60 je. Aku punya 50. Puncanya leh jadi macam tu mungkin sebab aku menyusu badan or darah period yang banyak. So untuk kes aku ni adalah sebab menyusu badan dan aku kurang makan supplement.
Doctor minta aku makan semula obimin selagi aku menyusukan baby. Sebagai supplement tambahan. Minum air 100+ EDGE untuk kurangkan dyhidrate. MC 2 hari aku bermula hari rabu dah tengahari pun masa tue. Balik terus makan ubat yang doctor bagi dah macam gula-gula banyaknya and terus bommm tidur tak ingat dunia sampai la ke petang. Sedar-sedar en.suami dah balik daripada kerja nak ambik anak-anak pula.
Kepala aku still ting tong sampai hari sabtu. Buat kerja tak boleh rushing2. Kena slow and steady je. Hari Ahad tu baru ok sikit. Tapi bermula episod lain pula. BabyRaif pula demam sebab terkejut bunyi drill..... Seb baik mama dia dah ok sikit. Nampaknya aku kenal maintain sihat untuk jaga anak-anak yang still kecik....
Kepala aku still ting tong sampai hari sabtu. Buat kerja tak boleh rushing2. Kena slow and steady je. Hari Ahad tu baru ok sikit. Tapi bermula episod lain pula. BabyRaif pula demam sebab terkejut bunyi drill..... Seb baik mama dia dah ok sikit. Nampaknya aku kenal maintain sihat untuk jaga anak-anak yang still kecik....
No comments:
Post a Comment