Tajuk nampak macam gempak kan. Seolah-olah macam tinggal di luar negara je. Padahal drive kereta 2,3 jam dah sampai kampung halaman. Oleh kerana aku dan suami adalah berasal daripada johor, jadi bila bekerja dan beranak pinak di kuala lumpur seolah-olah macam berada di perantauan pulak.
Kami suami isteri dah lebih 8 tahun merantau di Kuala lumpur/ Selangor ni. Daripada bujang sampai la beranak dua. Susah senang kami tetap bersama. Sepanjang 8 tahun ini juga la aku dah masuk 5x berpindah rumah. Daripada klang ke PJ. Bila berkawin pindah rumah suami pulak dekat blok sebelah je. Masih di PJ. Sebelum beranak anak pertama pindah Cheras Bt11. Dalam masa sebulan daripada sekarang akan pindah lagi ke Puchong pulak.
Begini la nasib tinggal di perantauan bila tidak membeli rumah lagi. Dok sewa sana sini. Tipu la kalau cakap tak beli rumah lagi. Tapi faktor tempat kerja yang jauh dan kesesuaian untuk membesarkan anak dikawasan rumah yang kami beli itu macam tidak sesuai. Tapi kalau aku masih bujang aku duduk kot rumah yang kami beli itu. InsyaALLAH satu hari nanti kami akan usahakan membeli rumah yang sesuai untuk kami membesarkan anak-anak kami.
Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang memang tak mampu la nak beli rumah idaman. Mungkin mampu untuk membayar deposit rumah. Tapi bayaran bulanan akan menyebabkan kami tersepit lagi terhimpit. Dalam hati memang ada niat untuk pulang ke kampung halaman yang cos sara hidup yang lebih murah. Tapi banyak faktor yang kena fikirkan.
Ini semua perancangan ALLAH SWT. Jadi aku as hamba ALLAH hanya mampu berusaha dan redho dengan perancanganNYA.
No comments:
Post a Comment