Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Thursday, 20 August 2015

Generasi Y yang berani

Assalamualaikum

Hari ini aku nak cerita tentang generasi Y yang terdiri daripada golongan yang lahir pertengahan 1970 hingga 2000 yang juga dikenali sebagai generasi millennia. Ciri-ciri generasi ini adalah berbeza ikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu dengan cepat terutamanya dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital. Generai Y juga lebih berani menyuarakan pendapat, mengeluarkan idea terkini dan membantah terhadap sesuatu perkara yang tidak relevan untuk masa kini.

Aku merupakan salah seorang yang tergolong dalam generasi Y ini. Sifat-sifat yang disenaraikan di atas kebanyakkan memang ada pada diri aku. Ditambah lagi dengan aku tinggal di bandar besar sebagai seorang inu yang bekerja. Menjadikan aku generasi Y kena cepat belajar sesuatu untuk bersaing secara sihat. 



Disebalik definasi generasi Y ini, aku nak cerita satu kejadian yang terjadi di cafetaria bangunan aku bekerja.

Kesahnya begini, kontrak cafe ni dah dekat 7 tahun tak tamat-tamat. Kami yang bekerja dekat sini pun naik pelik. Patutnya setiap 2 tahun sekali kontrak akan ditamatkan dan akan ada peniaga lain yang masuk tender. Alasan pihak pengurusan owner cafe ini sambung. Kabel apa entah yang die orang pakai sampai boleh sambung berkali-kali. Kalau service makin baik tak apa. Ini semakin teruk. Kualiti makanan dan kebersihan tak dijaga. Harga jangan la cakap, memang standard restoren 5 star la. Bila kami-kami komplen owner rasa tidak puashati pulak. Kata kami ini nak dengki perniagaan dorang. Mungkin dia boleh buat macam ini sebab pekerja disini tiada pilihan lain. Nak tak nak memang kena beli jugak makanan di cafe. Kalau sekali sekala sahaja keluar untuk cari kelainan.

Kaitan generasi Y dengan cafe ini adalah kami yang tidak puashati ini pun buat la surat dan minta sign daripada staff-staff yang bekerja di bangunan ini untuk dimajukan kepada pihak pengurusan agar tidak menyambung lagi kontrak cafe ini. Apa yang terjadi hanya golongan generasi Y sahaja yang berani untuk bagi tandatangan. Bagi golongan generasi X bercakap itu ini tapi takde keberanian untuk letakkan tandatangan. Alasan yang diberikan memang adakala tidak masuk akal. Contohnya

'Abang jarang makan dekat cafe. Selalu minum aje'

Padahal setiap hari aku nampak bro ni bertepek dekat cafe dan pernah sekali mengadu sakit perut siap mc lagi sebab makan lauk kerang dekat cafe.

Ini la bezanya generasi Y dan X. Generasi X lebih banyak kata-kata belakang tidak berani nak ketengahkan sesuatu hal. Mereka lebih suka tiada kaitan dengan apa-apa masalah. Ibarat kalau generasi ini nampak ada pembunuhan depan mata, mereka buat-buat tak nampak sebab tak nak menyusahkan diri untuk jadi saksi kejadian.







No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers