Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Sunday 29 May 2016

Viral Beli Rumah di Usia Muda

Assalamualaikum & salam sejahtera


Baru-baru ni sibuk viral pasal usia muda dah beli rumah. Alhamdullilah rezeki masing-masing. Ada juga yang viral status ketidakpuashatian sebab tak mampu beli rumah. Macam-macam... Aku yang baca ini pun macam tergerak nak menulis pengalaman yang aku alami sendiri pasal beli rumah, kereta dan jatuh bangun aku dalam perjalanan untuk memulakan hidup. Bak kata orang, setiap orang ada pengalaman masing-masing. Kalau sama aje.. tiadala variasi dalam hidup.

Alhamdullilah dan bersyukur sangat aku berjaya untuk membeli rumah pada usia 23 tahun. Dalam masa yang sama aku beli kereta jugak. Beza beberapa bulan je selepas aku beli kereta aku dapat pula beli rumah. Alhamdullilah kehadrat Ilahi sebab rezeki aku dengan kerja baru setahun dengan gaji RM1250 TANPA simpanan duit langsung aku berjaya juga miliki dua asset ini. Mungkin bagi status yang viral dekat FB itu bgtau kena simpan duit belanja masa belajar la..Jangan beli kereta dulu la...baru boleh beli rumah aku rasa mungkin itu dia. Bukan untuk semua orang.

Tapi dugaan tetap ada walaupun nampak macam bagus aje sebab boleh ada rumah dan kereta dalam usia muda. Kerja pun belum lama. Aku nak cerita dekat sini, aku beli rumah flat medium cos dekat shah alam dengan harga 60k. Kereta yang aku mampu beli masa itu adalah perodua viva 850 dengan harga 30k. Duit deposit untuk dua benda ini aku meminjam sana sini. Alhamdullilah aku ada adik beradik dan Boyfriend (sekarang En.suami dah) yang sangat-sangat membantu. Dorang la tempat aku pinjam duit dan tolong pemberi nasihat aku masa itu. 

Mesti ada yang cakap kenapa beli kereta dulu. Kalau tiada loan kereta mesti leh dapat beli rumah besar lagi. Hai dek2 non sekalian, akak nak beritahu.. tidak semua orang bernasib yang sama. Akak tiada kenderaan nak pergi balik kerja. Dok menumpang dengan kawan yang kadang-kadang tak berapa suka pun kita menumpang die. Public transport pulak tak masuk taman rumah sewa akak. Nak naik teksi hari-hari, bila dah kira tambah tolak bahagi darab sama dengan cos beli kereta. Ok bab beli kereta habis ye. So jangan judge orang beli kereta dulu sebelum beli rumah adalah tak bagus. Ini semua ada alasan tersendiri dan rezeki masing-masing. Susah senang orang itu lain-lain ye dek non.. Tak payah nak kecam sangat.

Pasal umah pulak, masa nak beli rumah ada la gak orang-orang keliling dok cakap-cakap kenapa pilih umah flat je. Tinggi pulak tue. Lagi la masa itu kawasan flat aku tu dikelilingi kilang-kilang. Jalan masuk pun guna jalan tikus aje. Tapi nak buat macam mana itu je yang murah. Gaji aku pun lepas ngam-ngam je untuk beli rumah itu. Nak beli rumah besar lagi memang tak mampu. Niat untuk duduk rumah yang beli memang takde. Tapi masa beli itu just pujuk hati kalau apa-apa jadi at least aku ada rumah. Masa itu takde lagi status FB pasal asset rumah ni. So memang tidak terpikir pun pasal nak buat investment ke apa. Nak up status pasal beli rumah umur 23 tahun lagi la xterpikir. Tapi macam aku cakap la tadi, ini mungkin rezeki aku. Tak boleh nak kondem orang lain. Orang lain belum dapat beli rumah mungkin rezeki dia dekat tempat lain.

Dua tahun lepas tu aku pun kahwin. Duit kahwin jangan tanya dapat mana. Next time cerita. Sebab hazab gak nak penuhi kehendak diri dan family. Lepas kahwin mestilah nak duduk sama dengan en.Suami kan. Rumah yang aku beli agak jauh daripada tempat kerja. So decide sewa rumah. Flat jugak tapi dekat sikit. Setahun juga la dok menyewa dekat situ, en.Suami plan nak cari rumah sewa landed sebab memikirkan faktor kalau mak ayah & sedara mara nak datang susah. Mak aku pulak orang kampung yang memang tak biasa dok umah tinggi-tinggi ini. Alhamdullilah la dapat rumah sewa landed dengan sewa murah. 

Bermula la episod desakan orang tua suruh beli rumah bawah pulak. Sebab dah selesa kan kalau datang rumah anak parking depan pagar terus masuk rumah. Masa itu telan jela apa orang tua cakap sebab tau tak mampu dengan harga rumah makin mencanak naik. Kalau yang ada murah pun jauh. Kira-kira kos pergi dan balik kerja lagi. Memang tak berbaloi. So setiap kali desakan daripada orang tua kita orang pekakkan jela telinga. Mesti ada yang cakap takpe la beli jela yang jauh tue, buat asset. Dek non oii.... kalau akak beli tiap-tiap bulan nak kena bayar kan. Mesti ada yang cakap sewakan... Sewakan boleh.. tp dapat tak cover bayar bulanan akak. Kena pikir semua tue dek oii... Tak semua orang mampu dek non... Mungkin ada yang boleh buat macam tu. Tapi akak tak mampu nak buat macam tue dek non oiii...

Tup..tup... akak beli kereta baru dua tahun kemudian. Kereta Honda City pulak tu. Ada pulak yang cakap.. beli kereta mampu..suh beli rumah bagitau xmampu. Lagi-lagi sekarang Viral dekat Fb dengan gaji yang akak ada ni patutnya hanya mampu beli perodua AXIA or MyVi je. Tapi aku sabar jela..sebab setiap tindakan seseorang ada alasan tersendiri. Meh akak nak cerita.. mungkin rezeki akak kot beli kereta buatan Malaysia tapi pakai baru 3 tahun dah ada macam-macam masalah. Walaupun akak bayar bulan2 RM400 je, tp selepas 3 tahun akak pakai kereta tu, bermula la episod tiap2 bulan macam-macam ragam. Hampir setahun gak la akak tahan je. Setiap bulan ada je kena g bengkel berhabis 3,4 ratus. Tue belum termasuk yang service tiap-tiap bulan. So korang kira la sendiri berapa cos beli kereta baru dengan akak kena kluarkan duit untuk maintain kereta sedia ada. Jadi serik pulak. So masa tu la pasang niat lepas ni kalau nak beli kereta yang betul2 baik dan berdoa leh pakai tahan lama. Orang tak nampak kita yang menghadap ragam kereta kita. Orang tak tau kenapa kita nak beli kereta yang mahal sikit. Semua tu orang tak nampak. Akak akui ada orang beli kereta buatan Malaysia tapi dh sembilan tahun still elok je lagi. Tak nafikan itu semua. Macam aku cakap la tadi rezeki masing-masing. 

Tapi memang dah jadi fitrah manusia agaknya. Sentiasa suka membeza-bezakan kemampuan dan takdir orang lain. Bagi yang beli kereta mahal dorang dok judge kata nak menunjuk tue, aku percaya korang ada alasan tersendiri. Macam aku la dok pikir kalau beli kereta murah pun still xmampu nak bayar rumah yang aku dok sewa sekarang ni. Iyelakan kalau beli rumah yang aku sewa ni 400k. Bulan-bulan 2000 pasti. Bayar kereta baru 850 je. Kalau jadikan die kereta murah pun adala murah 400. So kira la sendiri mana nak cekau lagi 1600?? Walaupun dah ada rumah, kalau rumah itu tak menepati citarasa orang keliling tetap kena kecam gak. Kalau ada satu rumah je, mesti ada yang cakap beli la 2,3 biji rumah buat asset pulak. Apatah lagi yang belum ada rumah. Dok la kena kecam macam dorang confirm masuk neraka kalau tiada rumah. Ini semua ketentuan ALLAH SWT. Apa yang perlu kita buat usaha yang terbaik. Bagi yang belum ada rezeki miliki rumah, mungkin rezeki korang dapat anak-anak yang berjaya akan datang. Mana kita tahu kan. Bagi yang dah berjaya miliki rumah 4,5,6,7 biji di usia muda.. Alhamdullilah rezeki korang. 

#Jangankecam
#Rezekimasing-masing
#Variasikehidupan


































No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers