Mandi
KAJIAN
terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan
yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun
pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihata! n
jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada
individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka
ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu
menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan
ialah selama 10 hingga 20
minit.
Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan
darah dan meningka! tkan tingkat gula darah... Suhu yang
dianjurkan
ialah sek itar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam
selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan
sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air
sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin
sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.
No comments:
Post a Comment