N3 kali ini aku nk ceritakan perihal sikap segelintir manusia yang aku kenal.
1. Mengutuk orang tak melihat diri sendiri.
Contohnya : Si 'Amin gila' tu muka cam pecah rumah. Mmg patut pun dapat bini pn muka senoeh.
2. Bercakap tak fikir masa depan.
Contohnya : Aku tak nak kawen dengan orang Kelantan. Takda standard la dengan aku orang Kl
3. Berlagak macam dia sahaja yang sempurna.
Contohnya : Dia tu bukan reti buat kerja pun. Semua mengharap aku. Komputer pun xreti guna.
4. Tak dapat menerima kekalahan.
Contohnya : Bukannya bagus pun karangan die. Aku baca biasa-biasa je. Xda isi pun.
Camne la boleh menang. Karangan aku lagi baik.
5. Melenting bila terima teguran atau kritikan.
Contohnya : Isk mane ada. Macam la baju ko tu cantek sangat. Nak tegur2 aku plk.
6. Cemburu yang tak bertempat.
Contohnya : Aku xsuka betul dengan budak baru tu. Asyik masuk bilik bos je. Buat ape ntah.
7. Tak boleh melihat orang lain lebih.
Contohnya : Si minah tu baru kerja dah beli rumah. Aku yang dh 10 tahun kerja baru boleh beli.
8. Menganggap orang lain tak penting.
Contohnya : Malas la aku nk call die bgtau psl Audit ni. Die bukan penting pun.
9. Mahu die diutamakan dalam setiap perkara.
Contohnya : Si Saedah tu xbagitau aku pun die nak pindah. Aku dpt tau pun daripada Si Kiah.
10. Sangat berkira walaupun dengan adik beradik atau kawan baik.
Contohnya : Si Milah tu pinjam duit kat aku. Kata nak bayar pagi ni.
Sampai tghr ni pun die xbayar2 lagi.
Ni di antara sikap-sikap segenlintir manusia yang aku hadapi. Nak xnak aku terpaksa hadap. Dan aku berdoa kepada ALLAH agar aku dijauhi daripada bersikap sedemikian. Amin....
salam ziarah..betul tu..ramai yang macam ni
ReplyDeletekesian kan nak ceraikan dari bf tapi kenalah bersusah payah..dulu masa nak ceraikan bf anak sulung sbb pregnant anak ke 2 akak pun tidur berasingan..kdg-kdg buh asam jawa bila dia nangis