Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Friday, 17 August 2012

Arwah bapak.....

Sejak akhir2 nie aku sgt sensitif bila dgr lagu raya... Lagi2 bila tgh drive otw g kije... Kadang2 sentap smp menitiskan airmata.. Slalunya aku x mcm nie.. Setakat lagu raya tu cm xde makna bagi aku... Bila dipikir2 kan semula baru aku teringat peristiwa 12 tahun lps.Hujung tahun 1999. Mase bulan ramadhan 12 tahun lps aku sekeluarga kehilangan orang yang amat disayangi..(al-Fatiha...) semoga rohnya dicucuri rahmat.

Bila di imbau semula saat itu, aku baru je berumur 14tahun (form 2).. Arwah bapak aku dah sakit 3 bulan sebelum tu. Dan pernah di sahkan TIADA mase awal2 sakit. Tapi Allah SWT masih mmberi peluang ntk kami sekeluarga ntk berbakti kepadanya semasa sakit. Sangat terkejut masa tu..sebab tiba-tiba je.

Selama 3 bulan arwah sakit dan berulang alik rumah dan hospital. Hospital bagaikan rumah kedua bagi kami sekeluarga. Aku sebagai anak paling tua yang berada di rumah, (akak2 n abg2 aku smua dok jauh), terpksa berdikari berulang alik daripada hsptl..bersilih ganti dgn mak aku. Jika sebelum ni mak aku xreti naik bus sorg2..tapi mase tu mmg smua nekad jer. trmasuk la aku yang kdg2 pergi sekolah daripada hsptl.. Jarak hsptl darpd umah aku agak jauh. 45km. Dgn umur aku yang baru 14tahun tu mcm xsangka boleh buat semua bnda. Sampai ape2 urusan dgn Doctor pun aku yang urusankn... Abg n akak2 aku hanya balik pada hujung minggu jer.. Sebab dorg kerja. Dorg serahkan kt aku ntk ape2 hal... Dan jika berlaku ape2 aku akn trus brhubung dgn meraka ntk minta pndpt.

Selama 3bulan kitrog satu family menjaga arwah yang kdg kala sihat dan kdg kala sakit tenat. Berulang alik hospital. Akhirnya 3 hari sebelum raya pada 3 Nov 1999.. Arwah pergi untuk selamanya... Raya pada tahun tersebut mmg tiada makna bagi kami. Sebab baru kehilangan orang yang disayangi. Bagi mak aku mmg kdg kala xdapat trima hakikat.. Bila ada org dtg ziarah rumah aku yang xtahu arwah dah xde... mak aku akan menangis xhenti2 sambil bgtahu yang arwah meninggal 3 hari sebelum  raya... kami adik beradik yang risau tgk mak. Tapi lama kelamaan mak ok. Die dah terima hakikat yang arwah dah tiada.

Raya tahun ini genap 12 tahun kami sekeluarga beraya tanpa arwah. Tetapi setiap pagi raya telah menjadi kewajipan kami adek beradik akan menziarah kubur arwah. Semoga arwah ditempatkan di samping orang-ornag yang beriman... AMIN.....


No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers