Family Ihtishaam

Family Ihtishaam

Monday, 21 November 2011

Tahniah HARIMAU MUDA....

Tiba-tiba aku rasa nak buat entry pasal bola...bahana demam bola sempena sukan SEA 2011 di indonesia.. semalam merupakan final game bola antara team malaysia dengan indonesia... wlpn sblm nie dorg dh bertemu dlm suku akhir, dan Malaysia telah menang. Sekali lagi terbukti yang Malaysia (HARIMAU MUDA) memang kuat fizikal dan mental apabila menang skali lagi di final...


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.
Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

Tahniah buat pasukan HARIMAU MUDA...
*berdoa hari ini dapat cuti...tapi xde pengumuman la plk,,,( T T )..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers